ANTOINE Griezmann mengakui Juventus terlalu unggul dalam segenap aspek selepas bintang Atletico Madrid itu dilanda kekecewaan apabila pasukannya terkandas dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) angkara Cristiano Ronaldo.
Bekalan selesa 2-0 Atletico lebur di tangan hatrik Ronaldo yang membantu kemenangan 3-0 Juve di Turin awal pagi tadi untuk melengkapkan kebangkitan di Turin.
Ronaldo menyamakan kedudukan dengan hatrik kelapannya dalam pertandingan itu untuk menyamai angka hatrik Lionel Messsi untuk Juve mengatasi Atletico 3-2 secara agregat.
Atletico -- kalah dalam perlawanan akhir edisi 2014 dan 2016 -- bergelut sepanjang permainan dan Griezmann meratapi prestasi pasukannya di tempat lawan.
"Kami tidak bermain seperti mana yang kami mahukan. Ia adalah malam yang buruk dan kami memudahkan tugas Juventus," kata Griezmann kepada Sky Sport Italia.
"Kami semua kecewa kerana gagal mempamerkan aksi sebenar. Saya yang pertama mengatakan usaha saya belum mencukupi kerana tempo permainan kami salah dan Juventus unggul dalam setiap aspek.
"Memandangkan kami memenangi pertemuan pertama 2-0, kami tidak boleh mengulas banyak. Saya tidak tahu apa yang berlaku, ia mengingatkan saya tentang perlawanan membabitkan Bayern Munich tetapi pada masa itu kami dapat membuat beberapa penyesuaian. Juve lebih unggul dalam segala aspek.
"Ronaldo merupakan pemain yang hebat: dia mempunyai tiga peluang dan menanfaatkan ketiga-tiganya."
Ronaldo mencetuskan kebangkitan Juve menerusi gol pembukaan pada minit ke-27 sebelum sekali lagi tandukannya melepasi penjaga gol Atletico, Jan Oblak, empat minit selepas babak kedua bersambung.
Bintang berusia 34 tahun itu kemudian melengkapkan perlawanan itu menerusi penalti ketika permainan berbaki empat minit.
Ketua pasukan Atletico, Diego Godin, menambah: "Kami tidak dapat mencari jalan untuk menyerang mereka.
"Mereka mampu menjaringkan gol dan kami tidak dapat menjaringkan gol yang kami perlukan untuk melayakkan diri. Kami akan terus bekerja keras sehingga habis musim ini."
Astro Arena
Wed Mar 13 2019
Antoine Griezmann (kiri) dan Blaise Matuidi (kanan) ketika beraksi semasa perlawanan pusingan 16 dalam UCL antara Juventus dan Atletico Madrid di Stadium Allianz, Turin, Itali, 12 Mac, 2019. (Foto AP)
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan
The Oranje kelihangan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan tersebut ekoran masalah kesihatan.
Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.
Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane
Griezmann membekalkan hantaran penting buat gandingannya penyerang itu yang bertindak membatalkan gol penyamaan Andreas Christensen.
Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.
Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang
Griezmann bakal terlepas kunjungan ke Sevilla Sabtu ini dan turut diketepikan untuk bertemu Granada Rabu depan.
Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina
Les Bleus ketinggalan gara-gara jaringan Edin Dzeko pada minit ke-36 tetapi segera menyamakan kedudukan hasil sentuhan Antoine Griezmann.
Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona
Gergasi Catalan itu meratapi kehilangan penjaring terbanyak berkenaan apabila dia rasminya diumumkan sebagai bintang baru PSG secara percuma minggu ini.
Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.
Griezmann tidak mungkin dimaafkan penyokong Atletico - Cerezo
Griezmann telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Atletico semasa jendela perpindahan ketika ini.
Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.