awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Griezmann tidak berhak raih anugerah Euro 2016 - Leboeuf

Astro Arena
Astro Arena
12/07/2016
10:36 MYT
Griezmann tidak berhak raih anugerah Euro 2016 - Leboeuf
Antoine Griezmann diumum UEFA sebagai pemain terbaik Euro 2016. - Gambar fail
BEKAS pemain antarabangsa Perancis, Frank Leboeuf, mengkritik keputusan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menamakan Antoine Griezmann selaku pemain terbaik Euro 2016, sebaliknya berasakan pemain pertahanan Portugal, Pepe, yang lebih berhak.
Griezmann memberikan perbezaan buat Perancis di peringkat kalah mati dengan gol-golnya dalam kemenangan ke atas Republik Ieland, Iceland dan Jerman tetapi gagal menemui jaring dalam final menentang Portugal apabila pasukan tuan rumah itu tewas dalam masa tambahan.
UEFA memilih pemain berusia 25 tahun itu selaku bintang kejohanan kali ini di atas persembahan cemerlangnya, namun Leboeuf berasakan penyerang berusia 25 tahun itu tidak cukup konsisten untuk layak meraih anugerah berkenaan.
“Saya sukakan Griezmann tapi dia bukanlah pemain terbaik kejohanan. Saya tidak bersetuju dengan pemilihannya,” Leboeuf memberitahu RMC.
“Kita harus bersikap kritikal. Kita hanya melihatnya dari suku akhir dan seterusnya. Dia mendapat dua peluang dalam final tapi tidak memanfaatkannya. Selebihnya, kita tidak banyak melihat kelibatnya.
"Tapi UEFA selalu berbuat seperti ini. Mereka selalu memberi anugerah pemain terbaik perlawanan kepada pemain yang menjaringkan gol.
"Bagi saya, ada pemain seperti Pepe, anda ada Gareth Bale yang memimpin Wales sepanjang kejohanan. Ada beberapa pemain yang menunjukkan banyak kualiti.
“Pepe berada dalam ‘form’ yang hebat dari permulaan hingga ke penghujungnya. Griezmann, sebaliknya, digugurkan untuk perlawanan kedua…”
Topic Berkaitan
#Antoine Griezmann
#berita bola sepak
#berita sukan
#Euro 2016
#Frank Leboeuf
#pemain terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan