awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gugur air mata Ronaldo tonton rakaman temubual dengan mendiang bapa

Agensi
Agensi
16/09/2019
09:00 MYT
Gugur air mata Ronaldo tonton rakaman temubual dengan mendiang bapa
Ronaldo akui tidak pernah melihat rakaman temubual bersama bapanya itu. - Mirror UK
BINTANG bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat menahan sebak selepas menonton satu rakaman temubual terakhir bersama ayahnya.
Momen emosi itu berlaku semasa wawancara bersama Piers Morgan, yang akan disiarkan di televisyen United Kingdom, Selasa ini.
Dalam rakaman pendek itu, Jose Dinis Aveiro dilihat bercakap tentang Ronaldo sambil berdiri di depan pintu rumahnya.
"Saya tidak percaya. Saya tidak pernah melihat video itu.
"Saya perlu memiliki rakaman ini untuk ditunjukkan kepada keluarga saya.
"Tetapi saya tidak kenal ayah saya 100 peratus. Dia seorang yang pemabuk. Saya tidak pernah berbual dengannya sebagaimana orang lain berbual dengan ayah mereka," cerita bintang Juventus itu.
Ronaldo berusia 20 tahun ketika bapanya meninggal dunia akibat kegagalan hati pada usia 52 tahun.
"Keluarga saya melihat semua kejayaan yang saya capai, tetapi tidak ayah saya. Dia masih muda sewaktu meninggal dunia," tambah bapa kepada empat anak itu.
Ronaldo juga mendedahkan perancangannya untuk mengahwini teman wanitanya, Georgina Rodriguez, tetapi bukan dalam masa terdekat.
"Ia impian ibu saya juga. Kami akan berkahwin suatu hari nanti, itu pasti," katanya.
Topic Berkaitan
#bapa
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Jose Dinis Aveiro
#Juventus
#Piers Morgan
#Ronaldo menangis
#United Kingdom
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan