awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafizh Syahrin raih kedudukan keenam Moto2 GP Sepanyol

Bernama
Bernama
19/07/2020
20:09 MYT
Hafizh Syahrin raih kedudukan keenam Moto2 GP Sepanyol
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez. -Gambar fail
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez selepas mempamerkan tunggangan mantap pada perlumbaan hari ini.
Pelumba pasukan Inde Aspar Team Moto2 itu yang memulakan perlumbaan di petak ke-15, melakar catatan masa 39 minit 38.875 saat pada perlumbaan yang melibatkan 23 pusingan itu.
Pelumba Itali, Luca Marini dari pasukan Sky Racing Team VR46 meraih kemenangan sulung musim ini setelah merakam masa 39 minit 23.297 saat, disusuli dua pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo, Tetsuta Nagashima dan Jorge Martin dari Sepanyol yang masing-masing ketinggalan 1.271 saat dan 4.838 saat di belakang Marini.
"Perlumbaan kali ini agak panas dan sukar bagi kesemua pelumba, apapun saya dah buat yang terbaik.
Saya dah hilang 'penghayatan' macam ini dah lama, jadi saya amat bersyukur dapat tempat keenam.
"Apapun, terima kasih kepada pasukan yang terus membantu saya dan saya akan buat yang terbaik untuk perlumbaan selepas ini," kata Hafizh Syahrin menerusi rakaman video pendek selepas perlumbaan itu.
Hafizh Syahrin akan meneruskan saingan Moto2 pada perlumbaan seterusnya pada GP Andalusia yang dijadualkan berlangsung di litar yang sama, hujung minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grand Prix Sepanyol
#Hafizh Syahrin Abdullah
#Litar Jerez
#Moto2
#Sky Racing Team VR46
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan