Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring pada Ahad.

Hafizh yang mewakili pasukan Aspar merempuh jentera Enea Bastinni yang terjatuh ketika mengambil selekoh, menyebabkan motosikalnya mengalami kerosakan teruk dan dia terpelanting sebelum terhempas di atas litar.

Beberapa pelumba lain turut hilang kawalan dalam kejadian berkenaan.

Menurut pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi, Hafizh, 26, berada dalam keadaan sedar serta stabil dan kini sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar.

"Penunggang berada dalam keadaan baik, hanya mengalami lebam terutama di bahagian pinggul, tetapi keadaan sedar," jelas Borsoi menerusi akaun Twitter.

Antara pelumba lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu adalah Ennea Bastianini dari Italtrans Racing, Edgar Pons dari pasukan Federal Oil Gresini dan Andi Farid Izdihar dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia.

Menurut laporan rasmi MotoGP, kesemua pelumba berada dalam keadaan sedar dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar.

Perlumbaan yang berbaki 13 pusingan kemudian diteruskan.