awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamidin calon terbaik teraju FAM - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2018
12:18 MYT
Hamidin calon terbaik teraju FAM - Khairy
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berucap pada Majlis Perletakan Batu Asas Kompleks Velodrom Azizulhasni di Dungun, Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
Selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 25 Mac lalu, pengganti bagi kerusi panas itu masih belum diisi.
Terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin bahawa Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin adalah calon terbaik mengisi kekosongan jawatan itu.
Menurut Khairy, penilaian dibuat berdasarkan pengalaman yang luas dimiliki Hamidin dalam pembangunan bola sepak negara.
"Saya secara peribadinya yakin Datuk Hamidin layak untuk mengisi jawatan ini kerana dia memiliki pengalaman yang luas serta mempunyai jaringan kerja yang cantik,
"Namun segala keputusan terpulang kepada ahli-ahli gabungan FAM termasuk ahli gabungan persatuan negeri untuk memilih," katanya.
Khairy ditemui selepas majllis perletakan batu asas di Velodrom Azizulhasni Awang yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Kampung Balai Besar, Dungun, Terengganu, hari ini.
Beliau turut berharap agar jawatan itu akan diisi dalam tempoh terdekat dan tidak ditangguhkan bagi mengelak sebarang masalah pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#Khairy Jamaluddin
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan