Harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Pestabola Merdeka yang sedang berlangsung di sini akan diturun kepada kadar yang lebih rendah bermula dengan perlawanan ketiga esok.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara berkenaan diputuskan oleh pihaknya setelah berbincang dengan penganjur kejohanan ProEvents International (M) Sdn Bhd.
Beliau berkata sehubungan itu harga tiket bagi tempat duduk bebas dan utama di Stadium Darul Makmur diturunkan masing-masing kepada RM20 dan RM50 berbanding RM38 dan RM68 sebelum ini.
Bagi perlawanan antara Singapura dengan Myanmar di Stadium Mini Temerloh esok pula, tiket bagi tempat duduk bebas berharga RM20 dan tempat duduk utama berharga RM25 berbanding RM28 dan RM38 sebelum ini.
"Saya berharap penurunan harga ini akan membolehkan peminat di Pahang khususnya dan Kuantan amnya dapat hadir bagi menyaksikan perlawanan," kata Hamidin kepada pemberita di sini hari ini.
Hamidin berkata harga tiket yang mahal yang ditetapkan sebelum ini tidak dapat dielakkan disebabkan kos perbelanjaan kejohanan yang tinggi.
Sementara itu beliau berkata FAM akan berbincang dengan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkaitan lanjutan kontrak pemain.
"Kita telah maklumkan kepada Datuk Afandi Hamzah (Naib Presiden FAM) yang juga pengurus pasukan Bawah 23 Tahun serta Kim Swee supaya memberi laporan tentang pemain yang ingin mereka lepas serta kekal tahun depan," katanya.
Beliau berkata perkara berkenaan dijangka diputuskan selewat-lewatnya Oktober ini.
Hamidin turut mengingatkan pasukan yang berhasrat memancing pemain Harimau Muda A supaya tidak berbuat demikian dalam tempoh terdekat bagi membolehkan misi skuad negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar Disember ini tercapai.
Dilaporkan sebelum ini, Johor Darul Takzim berhasrat memancing tiga pemain skuad Harimau Muda A iaitu Md Fadhli Mohd Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman bagi memperkuat pasukan berkenaan menghadapi Liga Malaysia tahun depan.
Bernama
Tue Sep 10 2013
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
FAM akan bantu, bimbing SAFA
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) perlu melengkapkan permohonan seterusnya mendapatkan lesen kelab sekiranya pasukan utama negeri itu ingin memasang impian beraksi di Liga Super, musim depan.
Terima kasih Malaysia! Terima kasih TMJ! - FAM
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan terima kasih tidak terhingga kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Hamidin dilantik presiden FAM ke-7
Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi hari ini.
Tunku Ismail masih Presiden FAM - Hamidin
Kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai peletakan jawatan badan induk itu lebih kepada luahan kekecewaan baginda terhadap segelintir netizen.
AFC bakal umum gelanggang berkecuali dalam dua hari - Hamidin
Keputusan permohonan Malaysia agar perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara di gelanggang berkecuali akan diketahui dalam masa dua hari lagi.
Kerajaan mempunyai hak nasihat FAM - KJ
Kerajaan Malaysia mempunyai hak menasihatkan FAM atau mana-mana persatuan sukan mengenai keselamatan sebelum menghantar pasukan kebangsaan menyertai pertandingan di luar negara.
Kerajaan tidak benarkan skuad Harimau Malaysia ke Pyongyang
Kerajaan Malaysia tidak membenarkan skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea Utara bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.
Cabaran sukar menanti Hamidin
Datuk Hamidin Mohd Amin akan menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad, selaku ketua sekretariat FAM yang baru berkuatkuasa 1 Julai ini.
FAM cadang adakan pertemuan dengan Khairy
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.