SUKAN
Harimau Malaya: Ngauman kata-kata semangat sebelum perlawanan

Video yang berdurasi 1 minit 49 saat itu menunjukkan Aidil memberikan kata-kata semangat buat Skuad Harimau Malaya - Foto FAMTV Malaysia
'KITA menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama.'
Bagi anda yang pernah menonton filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan sudah pasti anda tahu ayat berkenaan.
Namun, itu yang anda tonton di dalam filem, dan ini pula realitinya.
Sebelum perlawanan persahabatan menentang Tajikistan (9 November 2019), kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Thailand (14 November 2019) dan Indonesia (19 November 2019), kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak telah memberikan kata-kata semangat buat pasukan Malaysia.
Jika anda lihat video ini, sudah pasti anda akan dapat merasakan semangat yang dibawakan oleh Aidil Zafuan.
Aidil meminta supaya skuad negara bekerjasama antara satu sama lain semasa perlawanan kerana baginya jika mereka semua bekerjasama ia mampu memberikan pulangan yang sangat bermakna iaitu kemenangan.
Video tersebut telah dikongsikan dilaman Youtube FAMTV Malaysia pada Jumaat.
Terdahulu, skuad Harimau Malaya berjaya membaham skuad Garuda 2-0 pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami