Tutup

Berita  | Sukan

Harimau Malaya tumpaskan Gajah Perang

Harimau Malaya tumpaskan Gajah Perang
Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad (kiri) ketika mengasak pemain Thailand, Phitiwat Sookjitthammakul pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menumpaskan Thailand 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Aksi cemerlang skuad bimbingan Tan Cheng Hoe membolehkan Harimau Malaya mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.

Malaysia pada awal perlawanan dikejutkan Thailand dengan jaringan pertama menerusi sumbangan gol oleh Chanatip Songkrasin pada minit ketujuh separuh masa pertama.

Skuad negara bagaimanapun tidak mengalah dengan kebangkitan gol penyamaan hasil jaringan Brendan Gan menerusi leretan oleh Syamer Kutty pada minit ke-26.
Malaysia terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membolosi gawang Thailand hasil sumbangan Muhamadou Sumareh pada minit ke-56 separuh masa kedua.

Malaysia dijadual bertembung dengan satu lagi aksi perlawanan bersama Indonesia pada 19 November nanti.






Tag: Malaysia, Thailand, kelayakan Piala Dunia, Harimau Malaya, Gejah Perang, Stadium Nasional Bukit Jalil



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.