awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaysia: Khairy sedia berdebat dengan TMJ

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2016
16:44 MYT
Harimau Malaysia: Khairy sedia berdebat dengan TMJ
Khairy (kiri) berkata beliau sanggup berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekiranya ia dapat membantu meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai prestasi skuad Harimau Malaysia yang kian merosot.
Khairy berkata beliau sanggup berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekiranya ia dapat membantu meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan berkenaan.
"Saya tidak tahu sama ada itu satu perkara yang baik atau tidak namun sesuatu perlu dilakukan. Seharusnya, bersemuka dan bertukar pendapat,” kata Khairy pada sidang media sebelum menghadiri majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2015 di sebuah hotel di sini, Rabu malam.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum mendedahkan tarikh dan tempat debat tersebut.
Bola sepak Malaysia menerima satu lagi tamparan hebat apabila skuad Harimau Malaysia kini menghuni ranking ke-174 dalam senarai FIFA.
Kedudukan tersebut merupakan terburuk dalam sejarah bola sepak negara selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.
Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers pada Selasa, dilaporkan mahu berdebat dengan Khairy dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mencari punca dan juga penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.
Baginda juga mahu perdebatan itu melibatkan para penyokong yang dibenarkan menyuarakan pendapat masing-masing dan menanyakan sebarang soalan yang dikehendaki.
Tunku Ismail sebelum itu menyanggah kritikan yang dibuat Khairy bahawa barisan pemain skuad kebangsaan tidak mampu mempamerkan aksi berkualiti tinggi.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#debat
#Harimau Malaysia
#Khairy Jamaluddin
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan