awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hazard tidak bekerja keras pada babak kedua - Conte

Astro Arena
Astro Arena
26/02/2018
01:43 MYT
Hazard tidak bekerja keras pada babak kedua - Conte
Pada separuh masa kedua, Conte melihat Hazard (gambar) mengekalkan permainannya tetapi katanya, apabila dia melihat seorang pemain sedikit keletihan, tugasnya adalah mencari penyelesaian yang berbeza. - Foto Astro ARENA
ANTONIO Conte memberi isyarat bahawa dia tidak gembira dengan kadar kerja Eden Hazard apabila mengeluarkan bintang Belgium itu dalam kekalahan 2-1 Chelsea di Manchester United, tengah malam tadi.
Hazard dibawa keluar pada minit ke-74 di Old Trafford ketika keputusan masih terikat 1-1.
United menjaringkan gol kemenangan tidak lama kemudian selepas Jesse Lingard menanduk masuk hantaran Romelu Lukaku, yang turut mencetak nama sebagai penjaring dengan memadamkan gol awal Willian.
Hazard memainkan peranan terhadap gol yang disumbat Willian itu, namun Conte menganggap penggempurnya itu gagal mengekalkan tempo tingginya pada babak kedua dan tindakan mengeluarkannya adalah didorong perubahan taktikal.
"Hazard tidak cedera, tidak," katanya dalam sidang akhbar. "Ia adalah keputusan taktikal.
"Anda perlu mengekalkan prestasi yang sama selama 90 minit, kami tidak mempunyai keseimbangan yang hebat dan setiap pemain harus berusaha ketika menggunakan bola dan tanpa bola, jika tidak, kami akan kehilangan keseimbangan.
"Saya fikir dia telah kehausan tenaganya kerana pada babak awal, dia banyak berlari. Pada separuh masa kedua, dia mengekalkan permainannya tetapi apabila saya melihat seorang pemain sedikit keletihan, tugas saya adalah mencari penyelesaian yang berbeza."
Conte memilih untuk memulakan dengan Alvaro Morata dan bukannya Olivier Giroud atau menggunakan Hazard sebagai penggempur utama seperti yang dilakukannya dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Barcelona, pertengahan minggu lepas.
Percubaan penyerang Sepanyol itu menggegar palang dan meledak gol yang dibatalkan kerana ofsaid, begitupun Morata -- yang kemarau gol liga sejak Disember -- sekali lagi menempa kekalahan.
Menjelaskan keputusannya, Conte berkata: "Dia bermain selama 90 minit dan seperti pemain lain, dia telah mencuba yang terbaik.
"Pastinya dia boleh memperbaiki permainnya.
"Saya boleh mengetengahkan percaturan berbeza. Saya membuat keputusan ini untuk mencari keseimbangan."
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#Chelsea
#Eden Hazard
#jesse lingard
#Liga Juara-Juara
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Romelu Lukaku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan