awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hidupkan semula 'terapi perkahwinan' dalam sukan badminton - Steven Sim

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/08/2019
13:12 MYT
Hidupkan semula 'terapi perkahwinan' dalam sukan badminton - Steven Sim
Stezen berkata, teknik psikologi itu yang digunakan ke atas pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sebelum ini mampu memupuk komunikasi dan kerjasama yang baik.
Terapi perkahwinan yang menjadi antara faktor kemenangan pingat Perak kepada beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada Sukan Olimpik 2016 perlu dilaksanakan semula dalam sukan badminton negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, teknik psikologi itu yang digunakan ke atas pasangan berkenaan sebelum ini mampu memupuk komunikasi dan kerjasama yang baik.
"Pada 2015, apabila beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying digabungkan, mereka mempunyai masalah komunikasi kerana tidak serasi. Salah seorang pakar di Institut Sukan Negara, Dr Rebecca Wong yang ditugaskan untuk memupuk komunikasi dan kerjasama di kalangan kedua-duanya telah melakukan kaedah yang inovatif untuk menyelesaikan masalah komunikasi mereka iaitu terapi perkahwinan.
"Dalam kes ini, saya telah berbincang dengan pakar terlibat, Dr Rebecca Wong iaitu saya katakan apa yang kamu lakukan terhadap pasangan beregu itu sebenarnya boleh diadaptasi semula untuk meningkatkan keberkesanan terapi perkahwinan tradisional.
"Apa-apa yang digunakan walaupun kita meminjam terapi perkahwinan ini untuk sukan, tetapi hasil dapatannya boleh digunakan secara amnya," katanya semasa berucap pada Majlis Hi-Tea bersama penganjur berpotensi bagi pelaksanaan MySC’19 di Kuala Lumpur Sport City (KLSC) di sini pada Rabu.
Pada 2015, Dr Rebecca telah diminta oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membantu Peng Soon-Liu Ying untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 kerana ketika itu pasangan tersebut baru digandingkan semula selepas Liu Ying pulih daripada kecederaan.
Terapi perkahwinan bukan sesuatu yang asing dalam bidang psikologi kerana ia mula diguna pakai sejak 1930 dan menyelesaikan pelbagai masalah pasangan.
Dalam pada itu, Steven Sim menolak anggapan sesetengah pihak bahawa pelaburan bidang sukan tidak menguntungkan.
"Namun apa yang penting ialah bagaimana pelaburan dalam bidang sukan sebab kita tahu kadang-kala orang takut untuk melabur dalam bidang sukan bukan sahaja pihak swasta, malah KBS dalam 10, 20 tahun ini merupakan antara kementerian yang paling sedikit terima peruntukan berbanding kementerian lain. KBS tahun ini hanya terima peruntukan RM1 bilion.
"Ramai yang kata pelaburan dalam sukan tidak begitu menguntungkan. Tetapi saya mempunyai pemikiran berbeza. Pelaburan yang kita letakkan dalam bidang sukan sebenarnya mempunyai ROI yang sebenarnya menjangkaui pingat emas," ujarnya.
Topic Berkaitan
#badminton
#Belia
#KBS
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Olimpik
#pelaburan
#perkahwinan
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan