Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Iannone positif bahan terlarang

Iannone positif bahan terlarang
MotoGP dalam satu kenyataan menambah Iannone juga secara rasminya hilang kelayakan dalam perlumbaan di Malaysia dan Sepanyol tahun lalu biarpun gagal menamatkan perlumbaan itu. - Foto Astro ARENA
PENUNGGANG Aprilia, Andrea Iannone, digantung 18 bulan oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) selepas diuji positif kerana mengambil bahan larangan tahun lalu.

Iannone, yang digantung sementara sejak Disember lalu selepas didapati menggunakan bahan terlarang yang tidak dinyatakan secara terperinci pada awalnya, kemudian disahkan mengandungi bahan 'anabolic' terlarang menerusi sampel diambil dalam Grand Prix (GP) Malaysia tahun lalu.
Pelumba Itali itu kemudian meminta sampel B diuji, sekali gus mengesahkan keputusan awal tersebut,

Mahkamah Tatatertib Antarabangsa FIM (CDI) semalam mengesahkan penunggang berusia 30 tahun itu yang digantung sejak 17 Disember lalu, akan menjalani hukumannya sehingga 16 Jun 2021.
Iannone akan terlepas saingan musim 2020 ini yang kini digantung kerana penularan wabak koronavirus baru (COVID-19) selain pusingan awal tahun depan.

MotoGP dalam satu kenyataan menambah Iannone juga secara rasminya hilang kelayakan dalam perlumbaan di Malaysia dan Sepanyol tahun lalu biarpun gagal menamatkan perlumbaan itu.

Iannone mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Perlumbaan MotoGP yang akan datang adalah di Le Mans pada 17 Mei depan selepas lima aksi awal terpaksa dibatalkan ekoran COVID-19 yang melanda.




Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro