TORINO 0 ATALANTA 7
Hatrik daripada Josip Ilicic termasuk sepakan percuma yang menakjubkan menjadi inspirasi Atalanta merakamkan kemenangan 7-0 ke atas Torino, kemenangan terbesar mereka dalam saingan Serie A.
Atalanta, yang bakal berdepan Valencia dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), melonjakkan harapan mereka untuk mengakhiri saingan liga dalam kelompok empat terbaik menerusi kemenangan yang dilakar semalam.
Ilicic, yang menjaringkan sepakan percuma daripada tengah padang, meledak hatrik keempat dalam saingan Serie A sejak permulaan 2018, hanya Lionel Messi (7) dan Sergio Aguero (6) yang memiliki rekod yang lebih baik di antara lima liga di Eropah.
Ia merupakan kemenangan pertama Atalanta dengan kelebihan tujuh jaringan -- dan kekalahan terbesar Torino di laman sendiri -- menyaksikan Robin Gosens menggandakan jaringan pembukaan Ilicic dengan rembatan voli.
Duvan Zapata menyempurnakan sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Ilicic berjaya memperdaya penjaga gol tuan rumah, Salvatore Sirigu, menerusi sepakan percuma pada minit ke-53.
Dia melengkapkan hatrik seminit kemudian dan penghinaan Il Toro dilengkapkan menerusi dua gol daripada Luis Muriel.
Armando Izzo diarah keluar padang selepas dilayangkan dua kad kuning ketika Torino ketinggalan lima jaringan sebelum mereka terpaksa meneruskan permainan dengan sembilan pemain selepas Sasa Lukic dilayangkan kad merah atas kekasaran yang dilakukan ke atas Alejandro Gomez, ketika pelawat sudah meledak tujuh gol.
Skuad kendalian Gian Piero Gasperini itu kini di tangga kelima liga, berkongsi mata dengan Roma yang berada di tangga keempat, sementaran Torino turun ke tangga ke-10.
Atalanta musim lalu menamatkan saingan di tempat ketiga Serie A dan tangga kedua saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) di belakang Manchester City walaupun tewas dalam tiga aksi pertama pertandingan tersebut.
Astro Arena
Sun Jan 26 2020
Ilicic, yang menjaringkan sepakan percuma daripada tengah padang, meledak hatrik keempat dalam saingan Serie A sejak permulaan 2018. (Foto AP/Fail)
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
UEL: Atalanta buat Liverpool berduka di laman sendiri
Liverpool kini berkemungkinan akan tersingkir dalam saingan Liga Eropa UEFA (UEL).
Apa Man United dapat dengan pemain bernilai RM370 juta, Rasmus Hojlund?
Man United dan Atalanta telah bersetuju dengan perjanjian pada dasarnya bernilai 64 juta pound untuk penyerang Denmark yang itu.
Tandukan Danilo bantu Juventus ikat Atalanta
Atalanta kelihatan seperti akan menang selepas Ruslan Malinovskiy menjaringkan gol pada 14 minit terakhir.
Ronaldo mahu Manchester United tambah baik permainan
Pemain-pemain The Red Devils mesti lebih baik untuk bersaing merebut kejuaraan berprestij kelab bola sepak benua Eropah itu.
Ronaldo ketuai kebangkitan luar biasa Manchester United
Ketika kedua-duanya seolah-olah bakal bawa pulang satu mata, Ronaldo muncul wira apabila meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-81.
UCL: Zidane sedar Madrid tidak beraksi baik
Madrid mendominasi penguasaan bola tetapi hanya dapat melakukan tiga percubaaan tepat sebelum Mendy menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah pada empat minit terakhir.
Mohamed Salah pulih COVID-19, kembali berlatih mulai hari ini
Pada 13 November lalu, Salah disahkan positif jangkitan koronavirus berkenaan biarpun tidak menunjukkan sebarang gejala.
De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL
Atalanta akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan suku akhir di Lisbon awal pagi esok.
COVID-19: 35 peratus skuad Valencia dijangkiti
Semalam, terdapat lima kes wabak berkenaan berjangkit dalam kalangan pemain dan kakitangan skuad utama selepas Ezequiel Garay, Jose Gaya dan Eliaquim Mangala mengesahkan saringan mereka.
COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup
Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.