Perlumbaan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) mampu menjadi satu platform melahirkan lebih ramai jaguh sukan permotoran melalui program Impian ke MotoGP yang dianjurkan oleh Sepang International Circuit (SIC).
Lima penunggang tempatan yang kesemuanya berumur 13 hingga 15 tahun, diberi peluang untuk berentap dalam kategori Terbuka 250cc, bagi memberi pendedahan dan pengalaman untuk mengejar impian yang lebih tinggi.
Menurut Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, lima penunggang tersebut, Muhammad Harith Haziq, Danial El Fahim, Muhammad Izam Ikmal, Mohd Daniel Syahmi dan Muhammad Idil Fitri mempunyai potensi yang cerah dalam sukan permotoran.
“Muhammad Izam Ikmal dan Muhammad Idil Fitri pernah menyertai perlumbaan di CEV World Junior Championship manakala tiga yang lain masih bersaing dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal CubPrix.
“Mohd Daniel Syahmi juga menunjukkan satu persembahan yang luar biasa dalam kejohanan Asian Talent Cup di Buriram apabila berjaya meraih petak keempat dan di Qatar di petak ketujuh,” kata beliau ketika Majlis Pelancaran Perlumbaan Nasional Malaysia Championship Series (MCS), Malaysia Superbike Championship (MSBK) dan Sepang 1000 km (S1K) di The Rift, Mid Valley, disini.
Tambah beliau, prestasi penunggang muda itu akan sentiasa dinilai dan jika menonjolkan persembahan terbaik, mereka akan menyertai Moto3 di MotoGP 2019.
Perlumbaan MSBK akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang sebanyak lima pusingan bermula 11 Mei hingga 5 Oktober.
MSBK juga telah melahirkan pelumba MotoGP negara seperti Hafizh Syahrin, Azlan Shah Kamaruzzaman, dan Zaqhwan Zaidi.
Dalam majlis itu juga, pihak SIC turut menjalankan satu kerjasama dengan RaceRoom Malaysia bagi mempromosikan e-sukan permotoran.
Zaim Ibrahim
Tue Mar 27 2018
Razlan (kanan) bersama Pengerusi RaceRoom Malaysia, Tan Sri Rainer Althoff dalam satu acara yang menandakan jalinan kerjasama mempromosikan e-sukan permotoran sempena MSBK, MCS dan S1K. - Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
'Impian ke MotoGP' pacu cita-cita pelumba tempatan menjadi jaguh dunia
Lima penunggang tempatan yang kesemuanya berumur 13 hingga 15 tahun, diberi peluang untuk berentap dalam kategori Terbuka 250cc, bagi memberi pendedahan dan pengalaman.