awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini sangat mencalar nama baik Indonesia' - Penjaga gol pasukan Indonesia

Bernama
Bernama
06/09/2019
13:06 MYT
'Ini sangat mencalar nama baik Indonesia' - Penjaga gol pasukan Indonesia
ANDRITANY: Hati saya lebih sakit melihat kejadian apa yang terjadi di stadium. - Facebook @Persija Revolution
Penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya terhadap sikap ganas penyokong skuad Garuda itu pada pertembungan antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
Pada aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu, Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 di hadapan lebih 50,000 penyokong skuad Garuda.
Mengakui terkesan dengan keputusan itu terutama selepas mendahului 2-1 pada satu ketika, Andritany menyifatkan tindakan penyokong Indonesia yang merusuh menceroboh masuk kawasan stadium dan menyerang kawasan penonton dari kalangan penyokong Malaysia itu lebih menyakitkan hatinya.
"Cukup sakit. Kerana kita sudah mendahului dua kali dan akhirnya kalah 3-2. Sedih pasti... kecewa pasti... tapi jujur hati saya lebih sakit melihat kejadian apa yang terjadi di stadium," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.
"Ini sangat mencalar nama baik Indonesia, semestinya apa pun kejadiannya, hasil dari sebuah pertandingan kita harus ambil manis semua. Sebagai kapten team nasional saya sangat sedih melihat apa yang terjadi dan apa dilakukan supporter malam ini," tambahnya.
Selain daripada rusuhan itu yang terjadi susulan gol penyamaan negara oleh pemain tengah Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-65, penyokong tuan rumah turut membaling botol dan pelbagai objek termasuk suar dari tingkat atas kawasan penyokong negara.
Insiden itu memaksa pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin menghentikan perlawanan selama hampir 10 minit.
Bagaimanapun, selepas keadaan kembali terkawal, tiada sebarang insiden tercetus sehingga wisel penamat yang menyaksikan Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe membawa pulang tiga mata berharga.
Namun, skuad Harimau Malaya termasuk kesemua pegawai pasukan terpaksa dibawa keluar dari stadium itu dengan menaiki kereta perisai ke hotel penginapan atas faktor keselamatan selepas tamat perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Andritany Ardhiyasa
#Gelora Bung Karno
#harimau Malaya
#Jakarta
#penjaga gol indonesia
#skuad garuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan