PIERRE-Emerick Aubameyang mencetak nama selaku penjaring sebelum dibuang padang ketika Arsenal sekadar seri 1-1 dengan Crystal Palace.
Pemain antarabangsa Gabon itu meletakkan pasukan bimbingan Mikel Arteta berkenaan di depan dengan penyudah klinikal pada awal permainan sebelum Jordan Ayew memastikan satu mata buat pasukan kendalian Roy Hodgson tersebut, sembilan minit selepas permainan bersambung.
Palace seharusnya berasakan bahawa mereka terlepas peluang untuk meraih tiga mata selepas video bantuan pengadil (VAR) membuktikan terjahan Aubameyang ke atas Max Meyer pada minit ke-67 memang layak dihukum dengan kad merah.
Keputusan itu meletakkan Arsenal di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL), satu mata di belakang The Eagles dan lapan mata dijarakkan dengan pasukan di tempat keempat, Chelsea.
Arsenal memulakan aksi dengan memberangsangkan apabila membuka tirai gol pada minit ke-12 hasil gerakan sepasukan.
Mesut Ozil dan Alexandre Lacazette bergabung untuk mencipta umpanan buat Aubameyang di penjuru kotak penalti dan bekas tonggak Borussia Dortmund itu memperdayakan Martin Kelly sebelum melepaskan penyudah klinikal di sudut kiri bawah pintu gol untuk mengatasi Vicente Guaita.
Gol pendahuluan itu kelihatan tidak terancam sepanjang separuh masa pertama sekalipun Bernd Leno perlu bertindak untuk menghalang usaha Cheikhou Kouyate sebelum menuju ke bilik persalinan.
Tuan rumah memulakan babak kedua dengan semangat baru dan menyamakan kedudukan pada minit ke-54 apabila rembatan Ayew terkena David Luiz sebelum melepasi Leno.
Luiz kemudian melepaskan tandukan yang sipi mengatasi palang sebelum Aubameyang diarahkan keluar padang.
Pengadil, Paul Tierney, menyifatkan terjahan gopoh pemain itu ke arah Meyer hanya melayakkannya untuk menerima kad kuning tetapi tinjauan VAR mengesahkan kesalahan itu wajar dikenakan kad merah.
Kedua-dua pasukan hampir menemui kemenangan pada penghujung permainan.
Sokratis Papastathopoulos sempat mengeluarkan tandukan James Tomkins di atas garisan sementara Guaita bertindak cemerlang dengan menepis tendangan rendah Nicolas Pepe sebelum mengekang percubaan susulan Lacazette.
CRYSTAL PALACE 1 ARSENAL 1
Astro Arena
Sat Jan 11 2020
Antara aksi menarik dalam perlawanan antara Arsenal dan Crystal Palace. - Reuters
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Ini kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau 'cleen sheet' di kubu keramat City sejak 2015.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates
Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang, kata Mohamed Elneny.
EPL: Tandukkan emas Havert pacu Arsenal ke puncak liga
Kai Havert menanduk masuk jaringan kemenangan pada penghujung minit permainan ketika menentang Brentford.