Institut Sukan Negara (ISN) akan mengadakan pertemuan empat mata, dengan atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, bagi mengenal pasti keperluan atlet berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata pihaknya sedang mencari masa yang sesuai, memandangkan Muhammad Azeem masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, di Perak.
"Kita akan buat ujian untuk mengenal pasti karakter beliau dahulu, kerana kami perlukan maklumat asas seperti ketinggian, kepanjangan kaki dan beberapa hal berkaitan fizikal beliau.
"Daripada situ kita akan berikan maklumat kepada jurulatih sekarang untuk 'fine tune' dan buat penambahbaikan terhadap kaedah latihan, kerana kami berpendapat kita harus biarkan beliau dalam 'setting' semasa," katanya.
Muhammad Azeem, 15 tahun, diiktiraf sebagai remaja terpantas di dunia untuk peringkat umur bawah 16 tahun (B-16) dalam acara 200 meter (m) menerusi catatan 21.24 saat yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor minggu lepas.
Ia adalah berdasarkan kajian terperinci dilakukan oleh ahli Kesatuan Statistik Balapan dan Padang (ATFS), Jad Adrian Washif.
Ditanya mengenai latihan serta penyertaan kejohanan di luar negara, Ahmad Faedzal berkata beberapa faktor perlu diambil kira, selain perlu mendapatkan pandangan daripada tuan punya badan sendiri.
"Untuk bertanding di luar negara, ia bukan perkara baharu buat Muhammad Azeem. Untuk latihan, kita kena bincang kerana perlu lihat faktor seperti kesesuaian, kesediaan, psikologi dan persekitaran atlet berkenaan.
"ISN juga mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim demi masa depan permata baharu negara itu," katanya.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika ditemui pada Jumaat berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih menunggu jawapan daripada Muhammad Azeem, berhubung tiga tawaran yang dikemukakan kepada atlet berkenaan.
Tiga tawaran daripada KBS adalah berlatih di luar negara, dibawa ke Bukit Jalil untuk diberikan segala kemudahan di Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN, atau kekal berlatih di Perak dengan segala bantuan akan disalurkan mengikut keperluan.
"Saya bersama Ketua Pengarah MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) berkesempatan berjumpa dengannya dan jurulatih. Apabila bertanyakan kepada jurulatihnya tentang usaha KBS untuk bawa dia (Muhammad Azeem) ke luar negara ataupun ke Bukit Jalil, jurulatihnya menyatakan persetujuan kerana keutamaan adalah buat Azeem dan juga keluarganya.
"Kita beri pilihan ini adalah kerana kita mahu berikan masa kepadanya, memandangkan ketika itu dia belum berbincang lagi dengan ibu bapanya serta jurulatih. Seminggu daripada sekarang, saya akan dapat maklumat balas daripadanya," katanya.
Selain itu, Syed Saddiq berkata keistimewaan wajar juga diberikan kepada jurulatih yang melatih Muhammad Azeem termasuk mendapat faedah sama, sekiranya pelari pecut muda itu memilih salah satu daripada tawaran KBS.
"Setiap pagi jurulatihnya mengharungi perjalanan dua jam setengah untuk ke tempat latihan daripada rumahnya dan itu menunjukkan beliau ikhlas serta begitu komited melatih Azeem.
"Jasa jurulatih begitu besar dan apa yang dilakukan dalam mencungkil bakat itu adalah rahsianya. Kami pun sudah berikan tawaran kepada jurulatih sekiranya dia mahu ikut sekali," katanya.
Pada ketika ini, Muhammad Azeem dibimbing di bawah jurulatih Amir Izwan Tan. -- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019
Muhammad Azeem diiktiraf sebagai remaja terpantas di dunia untuk peringkat B-16 dalam acara 200 meter menerusi catatan 21.24 saat yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga MSSM di Johor. - Foto Facebook/ERA (Malaysia)
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Salur peruntukan cukup kepada ISN - Subahan
Ia bagi memastikan ISN dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada persatuan sukan kebangsaan tanpa memikirkan kekangan kewangan.
RTG: Zii Jia satu-satunya atlet tidak guna kepakaran ISN
Ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.
Badminton: Imbasan MRI tentukan kecederaan Pearly - ISN
Institut Sukan Negara (ISN) akan melakukan imbasan MRI bagi menentukan kecederaan dialami pemain beregu wanita badminton negara, Pearly Tan.
Institut Sukan Negara gagal lahirkan atlet terjun mencukupi - Abdul Karim
Katanya, kegagalan itu merugikan usaha pembangunan sukan negara lebih-lebih lagi dalam acara boleh menang di peringkat antarabangsa.
Tiga pegawai ISN positif COVID-19
Tiga pegawai Institut Sukan Negara (ISN) yang terlibat dengan kem latihan berpusat secara kuarantin didapati positif COVID-19 ketika ujian dijalankan pada 12 Jan lepas.
Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.
ISN mahu bertemu atlet pecut Muhammad Azeem
Institut Sukan Negara akan mengadakan pertemuan empat mata dengan atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, bagi mengenal pasti keperluan atlet berkenaan.
'Usain Bolt Malaysia' bukan sekadar jaguh kampung - Syed Saddiq
KBS telah mengarahkan MSN dan ISN untuk mencari peluang termasuk menghantar Muhammad Azeem menyertai program latihan di peringkat antarabangsa.
169 kakitangan kontrak ISN dipanggil semula - Syed Saddiq
Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, baki kakitangan yang tidak diserap akan dimasukkan ke dalam agensi atau skim latihan yang bersesuaian.
Nasib 'Ella Sogo' terbela, lulus ujian kejurulatihan Tahap Satu
Nurul Shakina, atlet para yang pernah terabai dan nasibnya pernah disiarkan oleh Astro Awani sebelum ini lulus ujian dan Kursus Kejurulatihan Tahap Satu yang dianjurkan oleh ISN.