JURULATIH Itali, Giampiero Ventura, meramalkan pasukannya mampu membuat kejutan dalam Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Belanda 2-1 dalam aksi persahabatan di Arena Amsterdam, awal pagi tadi.
Azzurri pada awalnya ketinggalan apabila tampanan Alessio Romagnoli terpantul ke arah gawang sendiri tetapi persembahan sepenuh hati daripada pemain seperti Ciro Immobile dan Marco Verratti memastikan pasukan pelawat bangkit semula.
Selepas itu, Eder menyamakan kedudukan dalam masa beberapa saat dan Leonardo Bonucci menjaringkan gol kedua selepas tandukan jarak dekat Marco Parolo diselamatkan.
Ventura, mempunyai rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir Itali, memberitahu Gazzetta dello Sport: "Kemenangan malam ini adalah penting bagi membina imej yang kami usahakan dan mentaliti sedang dibangunkan.
"Kami menunjukkan semangat berpasukan, keupayaan untuk melawan dan derita, dan kami mendapat hasilnya.
"Kemenangan ini juga membantu kami meningkatkan kedudukan dalam ranking. Saya pasti bahawa ini adalah satu pasukan yang semakin meningkat.
"Ini adalah pasukan yang akan menjadi kejutan dalam Piala Dunia di Rusia jika kami sampai ke sana."
Ventura memberikan pujian terhadap pemain tengah, Verratti, di atas prestasinya yang semakin meningkat selepas kemenangan 2-0 menentang Albania dalam kelayakan Piala Dunia.
"Prestasi Verratti adalah apa yang berlaku apabila kami luahkan diri kami sendiri," kata Ventura. "Saya berpuas hati dengan usahanya.
"Dia mempunyai perlawanan besar menentang Albania dan apabila kami bermain dengan baik dia mampu membuat perbezaan."
Jurulatih sementara Belanda, Fred Grim, mengakui pasukan tuan rumah tidak bertahan dengan cukup baik, tetapi memandang positif kearah Memphis Depay dan Quincy Promes yang kerap memberi masalah kepada pertahanan Itali.
Grim mengambil alih pasukan berikutan pemecatan Danny Blind selepas tewas kepada Bulgaria 2-0 dalam kelayakan Piala Dunia, tetapi dia dijangka kembali memainkan peranan sebagai jurulatih bawah 21 tahun manakala pengganti tetap bagi Blind sedang dicari.
Katanya kepada AD: "Kami bermain dengan bakat yang besar dan tenaga yang tinggi, dan kami juga bermain bola sepak yang baik. Tetapi anda juga perlu menjadi kritikal: Kami terlalu mudah memberi gol.
"Kami berada di landasan yang betul dan dalam beberapa perlawanan lebih kecil, seperti menentang Luxembourg (menang 3-1), kami dapat menang.
"Tetapi Sabtu lalu (menentang Bulgaria) tidak bagus, dan kami mengetahuinya.
"Saya banyak berhubung dengan Danny (Blind), dan dia doakan kami yang terbaik."
Astro Arena
Wed Mar 29 2017
Ventura berkata kemenangan tersebut penting bagi membina imej pasukan yang kami usahakan. - Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya.
Klopp puji prestasi Fabinho lawan Ajax
Fabinho memulakan perlawanan itu sebagai gandingan Joe Gomez di posisi pertahanan tengah dan membantu Liverpool memulakan kempen UCL musim ini dengan kemenangan 1-0 di Amsterdam.