Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

J.Lo tersangkut tidak cacatkan upacara pembukaan

J.Lo tersangkut tidak cacatkan upacara pembukaan
Jennifer Lopez (tengah) dan penyanyi Pitbull antara selebriti yang menjayakan upacara pembukaan Piala Dunia 2014
SAO PAULO: Temasya Piala Dunia 2014 membuka tirai dengan jayanya. 

Walaupun kehadiran temasya itu dicemari dengan protes di luar stadium di Arena de Sao Paulo ianya tidak merubah ‘mood’ penonton yang terus setia untuk menyambut kegembiraan Brazil sebagai tuan rumah selepas berpeluang menjadinya pada 1950.

Upacara pembukaan dimulakan dengan ucapan daripada Presiden FIFA, Sepp Blatter sebelum diserikan dengan kemunculan penyanyi seperti Jennifer Lopez, Pitbull dan Claudia Leitte.

Malah, bekas bintang bola sepak Brazil seperti Cafu dan Kaka turut hadir dalam upacara tersebut bagi memberi sokongan.
Jangkaan penonton sebelum ini bahawa Jennifer yang tidak akan muncul dalam upacara pembukaan ternyata meleset apabila beliau membuat kemunculan bersama dua lagi penyanyi itu dengan keluar daripada replika gergasi bola rasmi Piala Dunia kali ini, ‘Brazuca’.

Meskipun terdapat situasi yang hamper merencatkan perjalanan persembahan dimana platform ‘elevator’ yang membawa naik Jennifer keluar daripada replika bola itu tiba-tiba gagal berfungsi, namun Pitbull yang berada disitu dengan spontannya berjaya membawa Jennifer keluar daripada replika bola tersebut.
Ketiga-tiga penyanyi kemudian menyanyikan lagu rasmi kejohanan ‘We Are One (Ola Ola).

Selain itu persembahan futuristik yang melibatkan sebuah robot menendang bola sebagai sepak mula kejohanan turut menjadi simbolik dalam upacara gilang-gemilang itu.

Persembahan pembukaan ini diserikan dengan persembahan samba daripada anak-anak muda sekitar Sao Paulo.