Bahagian kiri muka pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon lumpuh akibat penyakit Bell’s Palsy.
Perkara menyedihkan itu disahkan pemain berusia 31 tahun dan turut berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video yang berdurasi 1 minit itu memaparkan Peng Soon melakukan penerangan mengenai penyakitnya itu sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya itu berasa kebas.
“Saya tak pasti sekiranya anda pernah mendengar penyakit ini (lumpuh muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang,” tulisnya.
Video yang dikongsi oleh Peng Soon kini meraih 56,723 tontonan dan rata-rata netizen khususnya rakyat Malaysia mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Peng Soon agar cepat sembuh dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.
“Semoga cepat sembuh Peng Soon, jaguh harapan negara dan selalu dipermudahkan urusan. Selalu tengok dia bertungkus-lumus dengan Goh Liu Ying untuk mendapatkan sebutir pingat emas buat negara,” tulis Ahmad Adam di Instagram.
Azizul Rahman pula memberitahu, “Saya pernah kena penyakit ini dan hampir sebulan baru sembuh seperti sedia kala dan memerlukan banyak rehat. Semoga cepat sembuh Peng Soon kerana kami rakyat Malaysia masih mahu melihat anda beraksi.”
Bell’s Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah dan ia berlaku apabila salah satu daripada saraf mengawal otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
Sinar Harian
Sat Dec 21 2019
Video yang dikongsi oleh Peng Soon kini meraih 56,723 tontonan. - Foto Instagram
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Latihan acara beregu hanya secara kuarantin di ABM - Reezal Merican
Pemain profesional bagi acara beregu yang mahu menjalani latihan perlu menyertai kem latihan secara kuarantin di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Jaguh beregu badminton negara, Chan Peng Soon lumpuh sebelah muka
Bahagian kiri muka pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon lumpuh akibat penyakit Bells Palsy.