awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan terlalu bising, atlet mahu berehat' - Pandelela Rinong

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2014
11:58 MYT
'Jangan terlalu bising, atlet mahu berehat' - Pandelela Rinong
Pandelela 'berpesan' melalui akaun Twitternya pada kira-kira jam 4.40 petang tadi dan telah menerima beberapa retweet dan favourite oleh pengikutnya. - Gambar fail
Bintang terjun negara, Pandelela Rinong melalui akaun Twitternya memohon agar para penyokong bola sepak yang bakal menyaksikan perlawanan final kedua malam ini, tidak terlalu membuat kecoh atau bising kerana 'para atlet yang menghuni di hostel Majlis Sukan Negara perlu mendapatkan rehat.'
“I know you excited now but please don't make so much noise because we athletes in National Sport Council hostel need to have our rest too. (Saya tahu anda semua teruja tapi tolong jangan terlalu bising kerana kami para atlet di hostel Majlis Sukan Negara perlu berehat juga),” ujar Pandelela di laman Twitternya.
Tuit itu diungkapkan pada kira-kira jam 4.40 petang tadi dan telah menerima beberapa retweet dan favourite oleh pengikutnya.
twitter
pandelela
Tuit Pandelela itu telah menerima beberapa balasan daripada pengikutnya sendiri yang mahu bintang terjun itu memberi sedikit ruang kepada keghairahan para penyokong Malaysia:
@Pandelela_R they didn't know your existence there in the hostel. Its final game anyway, cheers cheers
— Duhamelicious (@MustChels) December 20, 2014
Skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya bakal bertemu Thailand dalam perlawanan final kedua bagi merebut kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014. Pada pertemuan babak pertama Khamis lalu, pasukan Harimau Malaya tewas 0-2 kepada pasukan Negara Gajah Putih tersebut.
Sejumlah 90,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah habis dijual untuk pertembungan mendebarkan pada malam ini.
Kali pertama skuad kebangsaan meraih piala AFF Suzuki ialah pada 2010 ketika bertemu dengan pasukan Indonesia.
Dalam perkembangan terbaru, Pandelela turut menyuarakan maksud tersirat dalam pesanan yang ditulis di laman Twitternya petang tadi.
Nasihat saya utk kurangkan bunyi ketika peminat bola berlatih bersorak & bermain drum di pintu B, hostel MSN 4.30pm tadi bukannya di stadium
— Lulu G Dolphine (@Pandelela_R) December 20, 2014
Beberapa minit sebelum skuad Harimau Malaya mula beraksi, Pandelela memberikan kata-kata semangat kepada skuad bola sepak itu di Twitternya.
Keep calm and support team Harimau Malaya in my prayer. Malaysia Boleh! #keepcalm #harimaumalaya #malaysiaboleh #MAS pic.twitter.com/yVDqJ3ugJ4
— Lulu G Dolphine (@Pandelela_R) December 20, 2014
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Pandelela Rinong
#skuad
#Stadium Nasional
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan