Johor Darul Ta'zim (JDT) telah memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, Sabtu ini.

Setiausaha kehormat JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian, dalam hantaran terkini di laman Facebook, JDT berkata bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada hasil perbincangan antara Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai COVID-19, pada Jumaat.

Mohd Jamian berkata setakat ini penjualan tiket perlawanan antara JDT menentang Felda United secara dalam talian turut dihentikan sementara manakala kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim tidak akan dibuka hari ini sehingga mendapat maklumat terkini daripada MFL.

"Kesulitan yang berlaku amat dikesali. Keselamatan dan kesejahteraan keluarga JDT adalah keutamaan kami," katanya.

-- BERNAMA