MUNGKIN tuah nama besar dan kejayaan yang dibawa oleh kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), hari ini mereka menerima satu lagi berita gembira apabila kerajaan bersetuju menyumbang RM 1 juta kepada kelab dari Selatan itu.
Memetik laporan Berita Harian Online, sumbangan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim. Ia bertujuan untuk membantu pembangunan sukan bola sepak di negeri Johor.
Namun tinjauan di laman sosial mendapati, ramai yang pelik dan terpinga-pinga dengan sumbangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak perlu.
Ini kerana JDT dikatakan sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan berkenaan.
Ada juga yang mencadangkan adalah lebih baik jika sumbangan itu diberi kepada pasukan negeri lain yang lebih memerlukan dana.
Tidak ketinggalan ada juga yang berpendapat lebih adil jika semua pasukan negeri menerima agihan sumbangan yang sama.
Untuk fakta, JDT pada awal musim telah menerima suntikan dana RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Habuan jadi juara AFC
Pasukan bola sepak JDT sebenarnya mendapat suntikan RM1 juta daripada kerajaan pusat atas kejayaannya meraih kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015, lapor Bernama.
JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober lepas.
Sumbangan itu yang diharap dapat membantu program pembangunan bola sepak negeri Johor itu disampaikan oleh Datuk Seri Najib kepada Ismail di majlis perasmian projek hartanah Forest City di Iskandar Puteri, hari ini.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah melancarkan projek hartanah tersebut.
Madiha Abdullah
Sun Mar 06 2016
Netizen berpendapat lebih baik jika sumbangan kepada JDT itu diberi kepada pasukan negeri lain yang lebih memerlukan dana. - Gambar fail
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.
PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula
Keputusan tersebut disifatkan berlaku pada waktu sukar dan seolah-olah menyokong misi Israel untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa.
Isu Aman Palestin: SPRM siasat transaksi mencurigakan, syarikat
Pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam.
Dakwa seleweng dana: Shamsul Iskandar buat laporan polis terhadap Chegubard
Shamsul Iskandar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai fitnah serta usaha mendapatkan publisiti murahan.
Suruhanjaya EU mansuh sekatan dana EUR10 bilion Hungary
Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Viktor Orban untuk meningkatkan kebebasan badan kehakiman sepenuhnya mematuhi ketetapan yang dipersetujui.