'Jerebu halang latihan' ... Itu pengakuan dibuat ketua jurulatih terjun negara Yang Zhuliang menjelang Kejohanan Terjun Gran Prix FINA 2015 pada Jumaat.

Yang Zhuliang yang ditemui menyifatkan masalah jerebu mampu 'make or break' prestasi penerjun.

""Setakat ini latihan tiada masalah, cuma tidak boleh nak teruskan dengan panjang kerana keadaan jerebu agak teruk. Kita akan mengadakan kem latihan kecil di China, namun tempoh seminggu itu masih tidak cukup," katanya.

Sementara itu Kejohanan GP Kuala Lumpur akan berlangsung pada Jumaat bermula jam 8:30 pagi di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Masalah jerebu yang melanda ketika ini menjadi satu kerisauan kepada setiap penerjun yang bertanding.