BEKAS pengurus Chelsea, Jose Mourinho akhirnya sah bergelar pengurus terbaru Manchester United, selepas berunding tiga hari dengan kelab tersebut.

Rundingan antara pengurusan tertinggi kelab dan agen Mourinho berjaya mencapai kata putus, bagaimanapun tiada kontrak yang dimeterai sehingga kini.

Pengumuman rasmi berhubung perkara berkenaan dijadualkan pada Jumaat ini.

Mourinho mengisi tempat Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin selepas Manchester United menang Piala FA.

Rundingan yang bermula pada Selasa itu, telah beberapa kali tertangguh berhubung isu hak imej beliau dan dijangka memeterai kontrak tiga tahun untuk membimbing kelab tersebut.

VIDEO: Rundingan Jose Mourinho & Manchester United masuk hari kedua

Isnin lalu, Van Gaal, 64, ditamatkan khidmatnya bersama Manchester selepas bersama kelab itu selama dua tahun daripada tiga tahun kontraknya.

BACA: Louis Van Gaal dipecat daripada jawatan pengurus Manchester United - Laporan

BACA: Louis Van Gaal dipecat: Penyokong Manchester United sokong keputusan kelab

Ramai penyokong Manchester United di media sosial dilihat menyokong keputusan itu.

Menurut mereka, walaupun Van Gaal merupakan seorang bintang bola sepak yang berbakat tetapi beliau bukan seorang pengurus yang berkaliber.