awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih bola sepak direman bantu siasatan kes rasuah

Bernama
Bernama
06/01/2018
04:32 MYT
Jurulatih bola sepak direman bantu siasatan kes rasuah
Ketua jurulatih berusia 40-an itu ditahan di sebuah lokasi di Negeri Sembilan kerana disyaki memberi wang rasuah kepada pemain pasukannya sebagai balasan memastikan kemenangan sebuah pasukan lain. - Gambar hiasan
Seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah pada November tahun lepas.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim.
Semalam, ketua jurulatih berusia 40-an itu ditahan di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi wang rasuah kepada pemain pasukannya sebagai balasan memastikan kemenangan sebuah pasukan lain dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 Nov lepas.
Terdahulu, lelaki berkenaan hadir di Mahkamah Khas (Reman) di sini pada 10 pagi menaiki kenderaan SPRM.
Turut hadir peguam mewakilinya Aina Nadirah Mohd Yusof.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#jurulatih
#Negeri Sembilan
#Rasuah
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan