"Saya pernah ditampar, ditarik telinga, dimaki depan kawan-kawan oleh ayah kandung saya sendiri, tapi saya jadikan itu sebagai sesuatu yang positif untuk saya berjaya," itu pengakuan legenda basikal trek negara, Rosman Alwi
Walaupun anak kepada jurulatih basikal kebangsaan, Alwi Ahmad, itu menganggap memori itu sedikit mencalit rasa duka dalam lipatan kejayaannya, namun Juara Pecut Asia yang merangkul gelaran itu pada 1987 tidak pernah mengalah walau sedetik.
Menggamit kisah itu, Rosman yang menerima jolokan 'The Turtle Head' berkata tekanan yang diberikan bapanya itu berpunca kegagalannya sendiri untuk meletakkan diri setanding dengan atlet berbasikal trek yang lain.
"Kejadian itu berlaku sewaktu saya dan kawan-kawan lain sedang menjalani latihan. Kemudian bapa saya cakap: 'Orang lain boleh, kau tak boleh. Kau bikin malu, kau anak jurulatih, kalau kau tak boleh (bersaing), pergi balik'.
Imbas Rosman, bapanya berkata lagi: 'Jangan berlatih kalau nak bermain macam ini. Bermain basikal ini bukannya senang tau. Bukan guna mesin, tetapi tenaga kau. Kalau kau nak buangkan tenaga kau atau sia-siakan masa atau sengaja sakitkan badan, baik kau berhenti saja!'
Biarpun pedih mendengarnya, kata-kata itu sebenarnya membuatkan Rosman lebih merindui allahyarham bapanya yang pergi menemui Ilahi tujuh tahun lalu.
Katanya, bergelar anak kepada jurulatih basikal kebangsaan bukan mudah terutama apabila hampir setiap masa bersama bapanya terutama sejak memulakan karier pada umur belasan tahun.
"Pada mulanya saya kecewa sebab saya tidak pernah kena marah depan kawan. Bila saya kena macam itu depan kawan-kawan saya rasa nak tumbuk pun ada. Tapi bila fikir semula, saya tidak boleh buat macam itu.
"Saya berlatih semula sampai saya pengsan, baru dia (ayah) datang...apabila dia risau, dia tidak akan terlalu paksa saya. Dia sebagai jurulatih memang sangat serius tetapi lepas latihan, semua atlet berkumpul macam anak dia. Rumah ini jadi tempat makan minum, tempat berkumpul atlet kebangsaan yang berlatih dengan dia.
"Itu yang saya betul-betul hormat dan sehingga saya sambung legasi dia sampai hari ini," ujar Rosman yang menyifatkan ketepatan masa menjadi disiplin utama bapanya sebagai jurulatih.
Jaguh pecut itu juga pernah berdepan skandal dadah apabila gagal ujian saringan air kencing pada Sukan SEA 1981 di Manila yang menyebabkan dia dikenakan hukuman penggantungan dua tahun.
Namun, beliau kembali ke pentas antarabangsa dengan meraih gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia di Bangkok pada 1983.
Kemuncak karier Rosman adalah pada 1985 dan 1987 apabila berjaya meraih dua emas beserta dua rekod Sukan SEA sekali gus menebus kekecewaan pada 1981.
Pada usia 40, Rosman bertanding pada Sukan SEA terakhirnya di Kuala Lumpur pada 2001 sebelum mengumumkan persaraan sukan yang begitu dicintainya setahun kemudian.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jul 12 2017
Walaupun Rosman menganggap memori itu sedikit mencalit rasa duka dalam lipatan kejayaannya, namun Juara Pecut Asia yang merangkul gelaran itu pada 1987 tidak pernah mengalah walau sedetik. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
'Kau anak jurulatih, tapi kau bikin malu' - Bapa Rosman Alwi
"Orang lain boleh, kau tak boleh. Kau bikin malu, kau anak jurulatih, kalau kau tak boleh (bersaing), pergi balik," itu pengakuan Rosman tentang kata-kata bapanya.