Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyalurkan dana khas bagi membantu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menghadapi saingan Moto2 pada musim depan.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan itu menerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi memastikan pelumba berusia 25 tahun itu dapat terus kekal bersaing di pentas permotoran antarabangsa.
"Saya telah berhubung dengan (Ketua Pegawai Eksekutif SIC), Datuk Razlan Razali dan saya akan pastikan beliau beraksi dalam saingan Moto2 walaupun Petronas tidak mahu menaja Hafizh Syahrin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kad kenangan kepingan emas lagenda sukan negara OLEH Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), di Galeri KBS, di sini, pada Jumaat.
Untuk rekod, Hafizh merupakan pelumba Malaysia pertama bersaing dalam kelas perdana MotoGP pada 2018 dengan menyertai pasukan Yamaha Tech3 Racing.
Bagaimanapun, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu, terpaksa bergelut pada musim ini selepas bertukar kepada jentera KTM, yang menyaksikan beliau gagal meraih keputusan memberangsangkan.
Ekoran daripada itu, pasukan KTM Tech3 tidak meneruskan kontrak Hafizh bagi musim depan, sehingga memaksa kembali beraksi dalam kelas Moto2, bersama pasukan Angel Neito Team.
Beliau juga bakal berdepan situasi lebih sukar, apabila bakal mengharungi tempoh semusim tahun depan tanpa dibayar gaji.
Dalam pada itu, Syed Saddiq menafikan KBS bersikap lepas tangan dengan tidak membantu industri sukan permotoran, susulan pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Beliau sebaliknya menegaskan, KBS telah menyalurkan jumlah dana yang agak banyak kepada SIC, sebelum ini dalam mengasah lebih ramai bakat-bakat baharu dalam sukan permotoran di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019
Hafizh bakal berdepan situasi lebih sukar, apabila bakal mengharungi tempoh semusim tahun depan tanpa dibayar gaji. - Gambar fail
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
JDT sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.
JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.
Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.
WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.
Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong
Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar.
Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.
WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan
Hafizh tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.
KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.
Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan
Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.