awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan Zamri Baba bertambah baik

Astro Arena
Astro Arena
19/06/2015
12:21 MYT
Keadaan Zamri Baba bertambah baik
Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan dimasukkan ke hospital di Jakarta, dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.
Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan dimasukkan ke hospital di Jakarta, dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIH), MuSHASHi Boon Siew Honda Racing Team berkata Zamri kini tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Dia masih dirawat di hospital Siloam Karawaci, Jakarta, di bawah pengawasan pasukan pakar bedah saraf, berikutan kemalangan di Pusingan Dua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor pada 6 Jun.
Kenyataan itu menyebut keluarga Zamri dan wakil daripada MuSASHi Boon Siew Honda berada bersama-samanya di Jakarta untuk memantau rapi perkembangannya.
FIM melaporkan bahawa Zamri, 31, yang menunggang bagi pasukan MuSASHi Boon Siew Honda Racing Team, dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas dia terbabas lalu merempuh kawasan batuan kelikir di tepi trek semasa perlumbaan itu.
Insiden kedua berlaku semasa perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila penunggang Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing dan pelumba Thailand Jakkrit Sawangswat daripada AP Honda Thailand berlanggar ketika sedang menuju ke garisan penamat.
Menurut kenyataan itu Fadly telahpun menjalani pembedahan ketiga di kakinya dan dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa.
Sawangsat pula telahpun pulang ke rumah serta beransur sembuh, dan berkemungkinan besar akan kembali beraksi dalam pusingan Suzuka ARRC.
Topic Berkaitan
#Mohamad Zamri Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan