awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM bangunkan teknologi mesin pengimbas mini bagi struktur dalaman, kualiti durian eksport
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian kluster influenza JDT terkawal, tiada yang luar biasa

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2019
13:01 MYT
Kejadian kluster influenza JDT terkawal, tiada yang luar biasa
Dr Shaharom berkata, pemberian suntikan vaksin prophylaxis - Influenza PFS juga diberikan kepada 31 orang termasuk pemain dan jurulatih Kelab Bola Sepak JDT. - Gambar hiasan
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan terdapat kejadian kluster influenza di kalangan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan tiada kejadian melampaui biasa dilaporkan, menurut Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din, hari ini.
"Kejadian kluster ini selari dengan peningkatan kes influenza yang dijangka berlaku di musim hujan dan penularan berlaku kerana hubungan rapat sesama pemain.
"Walau bagaimanapun, tiada wabak atau kejadian melampaui tahap biasa kejadian dan keadaan masih terkawal," katanya menerusi satu kenyataan.
Dr Shaharom berkata, terdapat sembilan kes influenza dilaporkan pada 2 Julai lalu, lapan daripadanya disahkan menghidap Influenza B manakala seorang lagi Influenza A.
"Kesemua pemain ini telah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru dan kini dalam keadaan stabil," tambahnya.
Menurutnya, tindakan awal telah diambil bagi mencegah penularan antaranya disinfeksi pusat latihan pemain bola sepak di Padang Seri Gelam.
Pembersihan dari semasa ke semasa perlu dijalankan sebagai langkah pencegahan dan kawalan.
Katanya pemberian suntikan vaksin prophylaxis - Influenza PFS juga diberikan kepada 31 orang termasuk pemain dan jurulatih.
"Pihak jabatan juga memberi promosi kesihatan mengenai tatacara kebersihan diri yang betul dan penggunaan pencuci tangan beralkohol kepada kontak pesakit.
"Malah pembekalan pencuci tangan beralkohol juga dibekalkan di bilik rawatan pemain," tambahnya.
BACA: Vaksin pneumokokal dan influenza penting cegah pneumonia - Pakar
Dr Shaharom berkata, influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang berjangkit melalui sistem pernafasan dengan gejala utama seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.
Gejala dan tanda-tanda jangkitan adalah berbeza mengikut kategori umur mereka yang dijangkiti.
"Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes)," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bilik rawatan
#bola sepak
#Influenza
#JDT
#Johor Bahru
#Johor Darul Takzim
#kejadian kluster
#pemain bola sepak
#pencuci tangan beralkohol
#promosi kesihatan
#Shaharom Nor Azian Che Mat Din
#tatacara kebersihan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan