awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia: Pandalela-Mun Yee hadiahkan pingat pertama negara

Bernama
Bernama
14/07/2019
14:27 MYT
Kejohanan Dunia: Pandalela-Mun Yee hadiahkan pingat pertama negara
Pandalela-Mun Yee menamatkan acara terjun 10 meter platform berirama dengan mengumpul 312.72 mata selepas lima terjunan di tempat kedua. - Foto AP
Pasangan terjun negara, Pandalela Rinong-Leong Mun Yee mengakhiri kemarau pingat Malaysia di Kejohanan Akuatik Dunia Fina ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, dengan memenangi pingat perak, hari ini.
Menurut laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA); www.fina.org, Pandalela-Mun Yee menamatkan acara terjun 10 meter platform berirama dengan mengumpul 312.72 mata selepas lima terjunan di tempat kedua.
China meneruskan penguasaan mereka dalam acara itu, selepas pasangan penerjun mereka Lu Wei-Zhang Jiaqi menang emas dengan 345.24 mata, sementara pasangan dari Amerika Syarikat Samantha Bromberg-Katrina Young, gangsa (304.86 mata).
Keputusan hari ini merupakan peningkatan bagi Pandalela dan Mun Yee, selepas pasangan tersebut memenangi gangsa pada acara yang sama pada dua edisi -- 2009 di Rom dan 2013 di Barcelona.
Untuk rekod, Pandalela juga menang pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform individu pada tahun 2015 di Kazan dan juga terjun 10 meter platform berirama bersama Cheong Jun Hoong pada tahun 2017 di Budapest.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gwangju
#Kejohanan Akuatik Dunia Fina
#Korea Selatan
#Leong Mun Yee
#Pandalela Rinong
#pasangan terjun negara
#pingat perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan