Tutup

Berita  | Sukan

Kejohanan Terjun Grand Prix FINA: Gandingan Syafiq-Wendy rangkul emas

Kejohanan Terjun Grand Prix FINA: Gandingan Syafiq-Wendy rangkul emas
Syafiq dan Wendy menunjukan Pingat Emas yang mereka menangi menerusi acara tiga Meter papan anjal seirama campuran akhir sempena Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Ahad. - Bernama
KUALA LUMPUR: Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Wendy Ng Yan Yee berjaya meraih emas, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Grand Prix Terjun FINA menerusi acara tiga meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.

Gandingan itu mengumpul 299.22 mata mengatasi penerjun Rusia, Ilia Molchanov-Elizaveta Kuzina dengan 287.40 mata (perak), manakala pasangan Switzerland, Jonathan Suckow-Michelle Heimberg dengan 281.10 (gangsa).
Gandingan Loh Zhiayi-Lau Jasmine pula terpaksa akur apabila sekadar meraih gangsa dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita, dengan catatan 255.72 mata.

Pasangan China, Huang Xiaohui-Wei Ying mengungguli acara itu dengan mengumpul 291.30 mata bagi memperoleh emas, manakala gandingan Rusia, Karina Shkliar-Marina Shishkanova mendapat perak dengan 255.90 mata.
-- BERNAMA


Tag: Muhammad Syafiq Puteh, Wendy Ng Yan Yee, Kejohanan Grand Prix, acara terjun, FINA, pingat emas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.