Tutup

Berita  | Sukan

Kejutan Man United di Nou Camp tidak menjadi

Kejutan Man United di Nou Camp tidak menjadi
SAINGAN Manchester United dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah berakhir di Nou Camp selepas tewas 0-3 di tangan Barcelona. -AP
SAINGAN Manchester United dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah berakhir di Nou Camp selepas tewas 0-3 di tangan Barcelona.

Barisan serangan The Catalans yang dikemudi Lionel Messi merobek gawang lawan seawal minit ke-16.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer umpama dihantui mimpi buruk apabila ketua pasukan Barcelona sekali lagi menggegarkan gawang empat kemudian.

Hasrat The Red Devils untuk bangkit pada separuh masa kedua tidak kesampaian apabila bintang Brazil, Philippe Coutinho menambah jaringan pada minit ke-61.
Keputusan kekal 3-0 sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan sekali gus menyaksikan anak didik Ernesti Valverde mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara eropah dengan agregat 4-0.