Pemain paling senior dalam skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Amri Yahyah sedar aksi final Piala AFC berdepan Istiklol FC malam ini mungkin satu-satunya peluang buat dirinya meraih sebuah kejuaraan peringkat Asia sebelum menamatkan karier.
Amri yang sudah menjangkau usia 34 tahun, akui tidak menjangka mampu mendapat peluang beraksi di pentas akhir saingan kelab peringkat Asia.
Menyedari hakikat itu, pemain kelahiran Tanjung Karang itu enggan melepaskan peluang meraih kejuaraan dan memberi jaminan untuk menjelmakan aksi terbaiknya berdepan Istiklol.
Dalam pada itu, Amri turut memberi saranan kepada dua pemain kelahiran Johor dalam skuad JDT, Fazly Mazlan dan Jasazrin Jamaluddin agar fokus dan bermain seperti biasa dipamerkan dalam liga Malaysia.
Tidak seperti pemain lain dalam skuad JDT yang pernah merasai bahang beberapa perlawanan akhir bersama skuad negara, kedua dua pemain itu akan melakukan penampilan sulung di pentas akhir sebuah kejohanan utama peringkat antarabangsa.
Nama Amri Yahya tidak asing lagi dalam kancah bolasepak dan diharapkan peluang yang diidamkan untuk dinobatkan juara akan menjadi realiti malam nanti.
Seluruh rakyat Malaysia menantikan pertemuan ini, dengan harapan JDT menjadi pasukan Malaysia pertama yang menjulang Piala AFC. Saksikannya secara langsung di Fox Sports 3 pada 7.55 malam nanti.
Astro Arena
Sat Oct 31 2015
Amri enggan melepaskan peluang meraih kejuaraan dan memberi jaminan untuk menjelmakan aksi terbaiknya berdepan Istiklol. - Gambar fail
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
PJ City waspada sentuhan pelik Amri Yahyah
Maniam lebih selesa sekiranya PJ City dianggap sebagai kelab 'underdog' dalam pertembungan Liga Super di Kelana Jaya, Sabtu ini.
Amri Yahyah dedah rahsia 'otai masih berbisa'
Pemain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.
Tchetche Kipre muncul wira Kedah DA FC catat kemenangan dramatik ke atas KL City FC
Kedah DA FC berpeluang menghasilkan gol seawal minit kesembilan menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar yang berjaya ditepis penjaga gol pelawat Kevin Ray Mendoza.
Mohd Amri Yahyah antara tiga pemain sertai Sabah FC
Sabah FA mengesahkan tiga pemain bakal menyertai kelab di bawah naungannya iaitu Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.
Perjanjian 'gentlemen' oleh JDT tidak harus dipersoal - Edwards
Perjanjian 'gentlemen' yang diperkenalkan oleh JDT tidak harus dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.
Amri Yahyah pilihan Kim Swee jadi kapten Harimau Malaysia
Amri mengetepikan dua calon, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Fahmi Che Mat yang masing-masing dilantik selaku penolong ketua pasukan.
JDT beri tunjuk ajar di UiTM
Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Piala FA dengan penuh gaya ketika membelasah UiTM FC 5-0 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.
Kekal fokus, saran Amri kepada dua pemain kelahiran Johor di JDT
Amri Yahyah sedar aksi final Piala AFC malam ini mungkin satu-satunya peluang buat dirinya meraih kejuaraan Asia sebelum tamatkan karier.
Amri yakin dengan Harimau Malaya
Pemain senior negara Amri Yahyah yakin skuad Harimau Malaya mampu beri saingan walaupun tanpa ramai tonggak utama yang cedera.