PEP GUARDIOLA optimis Manchester City akan menjadi lebih baik apabila mereka tewas buat pertama kali pada musim 2016-17.

City kini telah melakar 10 kemenangan dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan ketika menewaskan Swansea 3-1 di Liberty Stadium.

The Citizens kini menghuni di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, dengan empat mata kelebihan selepas enam perlawanan, dan yakin para pemain mampu memberikan lebih baik di masa akan datang.

"Setiap orang akan menerima hakikat bahawa kami tidak akan memenangi setiap perlawanan, kami akan tewas kerana kekalahan akan membuat kami menjadi lebih bagus," katanya.

"Di Mei nanti, saya mahu hanya satu perlawanan untuk menamatkan musim, tetapi kami masih di September.

"Kami telah bermain enam perlawanan pada September, kami telah memperoleh 18 mata dan setiap perlawanan merupakan perlawanan yang sukar.

City akan bertemu Celtic dalam aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.