awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekecohan di Stadium Shah Alam mungkin sudah dirancang - KPN

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/09/2015
23:34 MYT
Kekecohan di Stadium Shah Alam mungkin sudah dirancang - KPN
KHALID: Ramai penyokong yang masuk mungkin polis dan pegawai lain terlepas pandang. - Gambar Fail
Polis tidak menolak kemungkinan kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi pada Selasa, dirancang oleh sekumpulan penyokong.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun pemeriksaan ketat dijalankan namun kumpulan berkenaan tetap berjaya membawa masuk bahan larangan iaitu suar dan mercun ke dalam stadium.
Katanya, setakat ini, 11 orang ditahan dan pihaknya masih memburu beberapa individu lain.
Mengulas mengenai kejadian itu, walaupun lebih 500 anggota polis dan anggota keselamatan ditempatkan, Khalid mengakui mungkin anggota bertugas terlepas pandang ketika pemeriksaan dilakukan.
"Ramai penyokong yang masuk mungkin polis dan pegawai lain terlepas pandang. Kita sudah tangkap 11 orang dan sekarang kita cuba mengesan beberapa orang lain dan rampas mercun.
"Kita rasa memang sudah terdapat unsur perancangan sebelum mereka masuk, kita akan berunding dengan pihak stadium dan akan kaji semula proses kemasukan penyokong," katanya ketika diminta mengulas insiden di Stadium Shah Alam di majlis penerimaan Pingat Jasa Pahlawan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di sini, pada Rabu.
Insiden kekecohan itu tercetus pada minit ke-88 selepas sekumpulan penyokong Harimau Malaya mula bertindak liar melemparkan suar, menyalakan mercun dan membaling kerusi ke dalam padang sehingga perlawanan terpaksa dihentikan pengadil.
Dalam pada itu, polis akan berbincang dengan pengurusan stadium untuk mengetatkan lagi kawalan keselamatan dan pemeriksaan bagi mengelak insiden sama berlaku pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Khalid Abu Bakar
#mercun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan