awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Sala raih kutipan RM1.4 juta untuk gerakan mencari diteruskan

Astro Arena
Astro Arena
28/01/2019
10:02 MYT
Keluarga Sala raih kutipan RM1.4 juta untuk gerakan mencari diteruskan
Pencarian Sala dan kru pesawat yang hilang masih belum menunjukkan hasil. - Gambar fail
KELUARGA Emiliano Sala telah mencapai sasaran kutipan €300,000 (RM1.4j) daripada sumbangan awam dalam usaha meneruskan gerakan mencari penyerang Cardiff City itu secara persendirian.
Police Guernsey menamatkan gerakan mencari Khamis lalu bagi menjejaki Sala, yang bersama juruterbang, David Ibbotson, dikhuatiri terhempas bersama pesawat ringan Piper Malibu yang dinaiki mereka dalam penerbangan dari Nantes ke Cardiff, malam Isnin lalu.
Sala, yang baru melengkapkan perpindahan ke Cardiff, kembali ke Nantes untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sepasukannya di kelab Ligue 1 itu.
Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan selama tiga hari tanpa sebarang penemuan sehingga pihak berkuasa memberhentikannya Khamis lalu.
Seterusnya, satu laman GoFundMe telah diwujudkan oleh sebuah pertubuhan tidak berpaksikan keuntungan, Sport Cover, Jumaat lalu, dengan tujuan supaya gerakan mencari dapat diteruskan di sekitar Selat Inggeris.
Kutipan sumbangan awam itu melepasi €300,000 (RM1.4j) semalam dengan sumbangan €30,010 (RM140,000) daripada bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Mbappe bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang menghulurkan sumbangan besar selepas rakan sepasukan PSG, Adrien Rabiot, turut menyumbang €25,000 (RM117,000), Sabtu lalu, manakala bintang Marseille, Dimitri Payet, mengikrarkan €10,000 (RM47,000) pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
#Cardiff City
#Emiliano Sala
#mencari dan menyelamat
#pemain bola sepak
#pesawat terhempas
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan