Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih meneruskan usaha 'mencari kebenaran' berhubung kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta'zim (JDT) pada tahun lepas.
Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata keputusan kes tersebut yang telah dirujuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) itu akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Setelah gagal membawa kes ini ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia telah dirujuk ke AIAC. Bagi kes tuntutan KFA terhadap Persatuan Bola Sepak Johor pula, ia seolah-olah tidak bergerak kerana sehingga kini masih belum memasuki fasa rayuan.
"Jadi, KFA mengharapkan pihak FAM dapat bertindak dengan telus dalam menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Kongres KFA kali ke-44 di Wisma Darul Aman, di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata duit sumbangan yang telah dikutip untuk Tabung CAS (Mahkamah Timbang Tara) KFA yang berjumlah RM50,000 telah habis digunakan untuk menampung kos guaman bagi kes tersebut dan KFA juga terpaksa menampung segala kos tambahan.
Pada hujung tahun lalu, KFA telah mengemukakan rayuan kepada FAM selepas tidak berpuas hati dengan keputusan FAM yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan bahawa pemain itu hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA untuk berhijrah ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019
Akhyar November lalu merangkul Anugerah Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bola sepak Kebangsaan (ABK) 19. --fotoBERNAMA
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
Peguam Negara dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AIAC Malaysia
Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
Inisiatif penstrukturan semula AIAC dilaksana secara berfasa - Azalina
Inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembaharuan tadbir urus Pusat.
Rayuan Thomas batal saman Sundra Rajoo didengar 13 Jun
Rayuan Tommy Thomas dan 12 lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Sundra Rajoo berhubung penahanan serta pendakwaan salah terhadapnya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Jun.
Perbicaraan penuh bagi saman Sundra Rajoo terhadap Tommy Thomas dan 12 lagi
Saman yang dikemukakan Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo terhadap Tan Sri Tommy Thomas dan 12 lagi akan didengar pada perbicaraan penuh oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tommy Thomas, 12 lain mohon batal saman Sundra Rajoo berhubung pendakwaan salah
Sundra Rajoo selaku plaintif turut menamakan Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull sebagai defenden.
Malaysia bersedia jadi hab selesaikan pertikaian peringkat global - Wan Junaidi
Malaysia bersedia menjadi hab bagi menyelesaikan pertikaian di peringkat global dengan pelancaran Kaedah-Kaedah Timbang Tara-i 2021.
Sundra Rajoo saman Tommy Thomas, 12 yang lain berhubung pendakwaan salah
Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Prof N. Sundra Rajoo hari ini memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).
Tertuduh harus diberi peluang semak semula kuasa budi bicara AG untuk mendakwa - Mahkamah Persekutuan
Seorang tertuduh harus diberi peluang untuk menyemak semula kuasa budi bicara Peguam Negara.
Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Majlis Penasihat AIAC
AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia.