Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dari sukan itu atas faktor kesihatan.
Menurut Chong Wei, keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
"Kita buat keputusan selepas Hari Raya (Aidilfitri) akan bersara dan ia keputusan yang amat berat kerana saya sayangkan sukan ini.
"Kesihatan lagi penting, saya sudah jumpa Syed Saddiq dan Mohamad Norza mengenai perkara ini sebelum berehat sebulan sebelum ini.
"Terima kasih kepada media, ini mungkin sidang media saya yang terakhir. Media banyak bantu, rakyat Malaysia juga banyak beri sokongan serta semua kakitangan BAM," katanya semasa sidang media persaraannya di Menara KBS di sini, pada Khamis.
Spekulasi mengenai persaraan Chong Wei bertiup kencang selepas pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu dilaporkan telah bertemu Mohamad Norza dan para jurulatih untuk membincangkan masa depannya.
Pada tahun lepas, Chong Wei mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung.
Beliau juga telah menerima rawatan penyakit itu selama dua bulan di Taiwan.
Ketika ditanya perancangannya selepas ini, Chong Wei memberitahu, beliau mahu berbulan madu dan menggantikan semula masa bersukan dan meninggalkan keluarga demi negara.
Sementara itu Syed Saddiq memberitahu, roh semangat sukan Chong Wei akan menjadi semangat untuk atlet-atlet semua sukan lain dalam mengharumkan nama negara di mata dunia.
Beliau turut mengumumkan Chong Wei sebagai calon Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Beliau juga tiga kali muncul naib juara dunia bermula edisi 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2015 di Jakarta.
BACA: 'Terima kasih Malaysia' - Lee Chong Wei
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 13 2019
Memikirkan kesihatan lebih penting, Chong Wei harus membuat keputusan bersara dari sukan badminton. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Kesihatan faktor Chong Wei umum persaraan
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dari sukan itu atas faktor kesihatan.