JURULATIH Sepanyol, Fernando Hierro, percaya kepayahan Argentina dalam Piala Dunia berpunca daripada "perkara kolektif" dan bukan hanya akibat kemerosotan prestasi Lionel Messi.

Dengan skuad Jorge Sampaoli di ambang penyingkiran di peringkat kumpulan di Russia, Messi telah dikritik, terutama selepas kekalahan 3-0 pasukannya kepada Croatia di Stadium Nizhny Novgorod, kelmarin.

Kemenangan ke atas Nigeria dalam perlawanan terakhir Kumpulan D mungkin mencukupi untuk Argentina mencapai pusingan 16 walaupun Messi belum menjaringkan gol atau membuat bantuan gol dalam kejohanan tahun ini.

Hierro berkata bakat dalam skuad Amerika Selatan itu memberi maksud masalah yang lebih besar berbanding Messi.

"Saya selalu fikir bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan, yang baik dan yang buruk, ia adalah isu kumpulan. Dan jika tidak, lebih baik kamu bermain tenis," katanya kepada Onda Cero.

"Semua perkara baik atau buruk yang boleh dilakukan Argentina, kami atau semua pasukan tampil daripada pemain yang datang ke sini untuk satu tujuan.

BACA: 3-0, Argentina di ambang penyingkiran selepas dibenam Croatia

"Sudah tentu ada orang yang mempunyai nama besar selepas memenangi banyak hadiah individu yang memberi perhatian kepada mereka.

"Tetapi, jika kamu lihat kumpulan pemain berbakat yang Argentina miliki, dan kepentingan mereka di peringkat kelab, kamu sedar bahawa ia perlu menjadi satu perkara yang kolektif. Tetapi saya ada cukup di dalam pasukan saya berbanding pasukan lain."

Ketika Argentina berhempas pulas, Sepanyol berada di tempat teratas Kumpulan B menjelang pertemuan dengan Maghribi Selasa ini.