Khidmat dan sumbangan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih diperlukan untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak negara.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tidak ada individu lain yang lebih layak untuk menggantikan tempat itu kerana wawasan serta peranan baginda dalam sukan itu amat besar dan tidak boleh dijayakan sekiranya Tunku Ismail tidak berada dalam FAM.
"Baginda tidak boleh meninggalkan sukan bola sepak kebangsaan...saya diberitahu oleh beberapa penaja utama bahawa tanpa kepimpinan Tunku Ismail mereka (pelabur) tidak akan melabur untuk bola sepak.
"Jadi bagi saya tidak ada orang lain yang boleh yakinkan pelabur melainkan Tunku Ismail...kalau negeri dan kelab ingin mendapat habuan dan peruntukan lebih besar yang sebelum ini tidak pernah diberi maka mereka perlu meyakinkan TMJ untuk terus bersama bola sepak kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Dataran Tras, Bentong di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Bentong yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Lebih 7,000 orang hadir pada program Fit Malaysia yang kali ketiga diadakan pada tahun ini selepas di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Feb lepas dan Muar, Johor pada 10 Mac.
Mengulas lanjut tentang peletakan jawatan tersebut yang disebabkan kejatuhan ranking Skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia, Khairy berkata ia merupakan satu perkara biasa dalam arena sukan.
"Bagi saya naik turun ranking adalah perkara biasa tetapi kita perlu perancangan jangka masa panjang yang tidak tergugat dengan pandangan cetek jangka masa pendek yang lebih tertumpu kepada soal ranking semata-mata.
"Saya sendiri pernah mengalami kegagalan dalam beberapa temasya sukan seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia tetapi kemudian bangkit semula dalam Sukan SEA dan Sukan Olimpik," katanya.
Sementara itu, pelbagai acara diadakan sempena program Fit Malaysia peringkat negeri itu termasuk acara mengayuh basikal, larian sejauh 10 kilometer dan lima kilometer.
Khairy berkata tahun ini kementeriannya menyasarkan untuk mengadakan program itu lebih kerap di bandar kecil berbanding sebelum ini diadakan di ibu negeri.
"Kita dapati sambutannya masih hangat dan ini menunjukkan bahawa misi kita ke arah menjadi negara bersukan bakal tercapai.
"Program Fit Malaysia ini sudah menjadi program kementerian dan sebahagian daripada dasar kerajaan, malah Hari Sukan Negara, Fit Malaysia ini sudah dibentangkan di jawatankuasa jemaah menteri.
"Ia dipersetujui untuk menjadi satu program yang menyokong dasar sukan negara...jadi walau siapapun yang akan menerajui kementerian selepas ini, Program Fit Malaysia akan diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 17 2018
Khidmat dan sumbangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin FAM masih diperlukan untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak negara. -Gambar fail
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).