Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menggesa semua pihak bertenang dalam meraikan peningkatan prestasi pemain muda negara ketika ini terutama tonggak skuad B-18, Luqman Hakim Shamsudin.
Cadangan segelintir pihak yang mahu penjaring terbanyak Kejuaraan B-16 AFC 2018 itu terus diserap ke dalam skuad senior kebangsaan sebagai alternatif menguatkan jentera serangan tidak dipersetujui Kim Swee.
Pengendali berusia 48 tahun itu yang pernah membimbing Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, ingin melihat perkembangan prestasi Luqman serta beberapa pemain muda berpotensi negara yang lain secara berperingkat.
"Biar Luqman dan barisan pemain B-18 yang lain melalui kelayakan Kejuaraan B-19 AFC, kita jangan ganggu persiapan mereka kerana ia lebih penting di mana kalau layak ini akan memberi peluang yang lebih baik untuk mereka bersama skuad Sukan SEA sebagai permulaan.
"Saya tak setuju kalau kata Luqman terus pergi beraksi dengan skuad kebangsaan, biar dia naik secara berperingkat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Memperkasakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di sini, pada Selasa.
Bagi Kim Swee, tumpuan meluas mengaitkan barisan pemain B-18 negara bersama skuad B-22 dan skuad kebangsaan bukan sahaja akan memberi tekanan kepada mereka, tetapi juga akan menjejaskan fokus menjelang pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-19 2020 di Kemboja bermula 2 Nov ini.
Menurut beliau, kelompok pemain skuad B-18 negara kini merupakan pemain yang bakal bersama skuad B-22 kendaliannya dalam misi mengintai peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
"Saya tahu semua pemain mahu bermain dalam Sukan SEA tetapi kelayakan Kejuaraan B-19 AFC itu perlu menjadi keutamaan di mana skuad B-16 dan B-23 kita telah gagal, jadi sekurang-kurangnya kita mahu satu pasukan negara untuk layak.
"Mereka ini juga akan jadi pemain generasi seterusnya yang akan berjuang dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024 jadi kalau mereka layak ke Kejuaraan AFC B-19 2020 ia menjadi platform pendedahan yang sangat bermakna," tambah Kim Swee.
Luqman merupakan antara 34 pelatih generasi pertama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah NFDP dan muncul pemain Malaysia pertama ditawarkan kontrak beraksi bersama kelab Liga Profesional Belgium, KV Kortrijk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
Luqman muncul pemain Malaysia pertama ditawarkan kontrak beraksi bersama kelab Liga Profesional Belgium, KV Kortrijk. --fotoBERNAMA/Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.