Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih menanti kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan khidmat jurulatih pecut dari Amerika Syarikat, Dwayne Miller dalam mempersiapkan kontinjen menjelang Sukan SEA 2019 di Filipina,
Presidennya Datuk S.M. Muthu menyifatkan kepakaran Miller ditagih dalam usaha meningkatkan mutu prestasi sedia ada atlet kebangsaan terutama dalam acara pecut, lompat jauh dan lompat kijang.
Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis KOM hari ini berkata berdasarkan perancangan awal, Miller dijangka tiba pada Ogos dan mengendalikan latihan intensif selama tiga bulan, namun difahamkan Miller masih menunggu kontrak dikeluarkan MSN.
"Memang kita mahu mempertahankan lapan pingat emas pada edisi lalu dan kita juga mengharap untuk mendapatkan lebih lagi, untuk itu seperti semua maklum kemungkinan besar kita akan dapatkan jurulatih dari Amerika tetapi sehingga kini masih menunggu kelulusan MSN.
"Kehadiran Miller dalam tempoh tiga bulan menjelang Sukan SEA ini bertujuan untuk menggilap potensi atlet bagi mencapai kemuncak prestasi. Sudah tentu barisan atlet akan mendapat input baharu sekali gus meniupkan semangat untuk meraih kejayaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat di sini, hari ini.
Untuk rekod, Miller pernah membantu pelari pecut Amerika Syarikat, LaShawn Merritt merangkul dua emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing dalam acara 400m dan 4x100m dengan mencatat rekod Olimpik.
Miller juga pernah meraih anugerah 'Nike Coach of the Year' dari badan induk olahraga Amerika Syarikat, USA Track and Field pada 2008.
Sementara itu, Muthu berkata sasaran pingat spesifik hanya akan diumumkan selepas tamat Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung dari 16 sehingga 18 Ogos.
"Kita ada lebih kurang 56 nama dalam senarai awal dan sehingga kini hanya 19 atlet telah layak secara merit. Kita akan muktamadkan mengenai jumlah sasaran pingat dan saiz kontinjen yang akan dibawa ke sana selepas tamat Terbuka Malaysia," tambah beliau.
Antara atlet yang telah layak adalah dua jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei, Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar), Jackie Wong (tukul besi) dan jaguh pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.
Pemenang pingat emas 100m edisi 2017 yang juga pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan sehingga kini gagal mencatat masa terbaik untuk menempah slot di Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2019
Miller juga pernah meraih anugerah 'Nike Coach of the Year' dari badan induk olahraga Amerika Syarikat, USA Track and Field pada 2008. - Foto: nsuspartans.com
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
'The Speedy Jantan' tidak mahu isu luar trek jejas prestasi
Bagi Khairul Hafiz, sebarang keputusan bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatih Mohd Poad Md Kassim.
KOM menanti kelulusan MSN dapatkan khidmat Dwayne Miller
Kepakaran Miller ditagih dalam usaha meningkatkan prestasi atlet kebangsaan terutama dalam acara pecut, lompat jauh dan lompat kijang.