awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Kejohanan olahraga dalam dewan Asia di China dibatalkan

Bernama
Bernama
27/01/2020
00:04 MYT
Koronavirus: Kejohanan olahraga dalam dewan Asia di China dibatalkan
AAA membuat keputusan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan itu. - Gambar hiasan
Persatuan Olahraga Asia (AAA) pada Ahad membatalkan Kejohanan Olahraga Asia kesembilan di Hanzhou, China yang dijadualkan pada 12 dan 13 Februari disebabkan penularan wabak 2019 novel koronavirus di negara itu.
Ahli Majlis AAA, Karim Ibrahim berkata badan olahraga Asia itu telah membuat keputusan menerusi mesyuarat secara dalam talian pada petang Ahad, berikutan merebaknya virus itu di beberapa negara yang berasal dari Wuhan di tanah besar China.
"AAA membuat keputusan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan itu.
"Bagaimanapun mesyuarat Jawatankuasa Stastistik AAA di Malaysia yang saya pengerusikan, akan diteruskan seperti dijadulkan pada 30 dan 31 Jan di Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama.
Agensi berita Xinhua melaporkan 1,975 kes pneumonia yang disebabkan koronavirus telah disahkan, dengan 56 kematian sehingga Sabtu.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah megesahkan empat warganegara China, yang memasuki Malaysia melalui Johor daripada Singapura, telah disahkan positif virus tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AAA
#China
#hanzhou
#jangkitan
#kejohanan olahraga
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#penyakit
#persatuan olahraga asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan