Tutup

Berita  | Sukan

Kurang sopan! Pengulas sukan digantung tugas kerana Lukaku

Kurang sopan! Pengulas sukan digantung tugas kerana Lukaku
Lukaku meninggalkan Manchester United untuk menyertai Inter bulan lalu dan telah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan pertama. - Foto Instagram@romelulukaku
SEBUAH rancangan sukan di Itali menggantung pegulas jemputannya, Lucianio Passirini, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku.

Passirani mengeluarkan kenyataan itu dalam rancangan TopCalcio24 hujung minggu lalu sambil memuji prestasi Lukaku musim ini selepas Nerazzurri memenangi ketiga-tiga perlawanan pertama Serie A dengan menewaskan Udinese 1-0.
Klip video rakaman itu tersebar dalam laman sosial dan Passirani kini tidak dibenarkan untuk terlibat dalam rancangan itu.

"Encik Passirani sudah berusia 80 tahun dan ketika memuji Lukaku, dia menggunakan metafora yang menjadi istilah perkauman, " kata pengarah program itu, Fabio Ravezzani, yang turut mengesahkan Passirani sudah memohon maaf.
"Saya fikir ia adalah kesilapan yang berlaku dalam waktu singkat. Saya tidak boleh bertoleransi terhadap apa jua kesilapan seperti itu walaupun hanya seketika."

Lukaku meninggalkan Manchester United untuk menyertai Inter bulan lalu dan telah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan pertama.

Dia juga menjadi sasaran serangan perkauman ketika Inter menewaskan Cagliari bulan lalu.

Sorakan dengan bunyi monyet dapat didengar ketika penyerang Belgium itu menjaringkan gol sepakan penalti yang memberikan Inter kemenangan 2-1.

Selepas perlawanan itu, Lukaku membuat kiriman dalam Instagram yang tertulis: "Bola sepak adalah sukan untuk dinikmati dan kita tidak boleh membenarkan sebarang bentuk diskriminasi yang mengaibkan sukan ini.

"Tuan-tuan dan puan-puan, Sekarang sudah 2019 - kita bukannya semakin ke depan tetapi semakin mundur."

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro



Tag: Manchester United, Romelu Lukaku, bola sepak, Inter Milan, Serie A, kenyataan berbaur perkauman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.