awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan fasa akhir skuad Harimau Malaysia tekankan taktikal

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2016
15:14 MYT
Latihan fasa akhir skuad Harimau Malaysia tekankan taktikal
KIM SWEE: Selepas ini, kami akan menumpukan kepada latihan taktikal sahaja.
PENGENDALI kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, memberi tumpuan kepada aspek taktikal dalam latihan skuad negara menjelang aksi persahabatan berdepan Indonesia di Solo, 6 September ini.
Barisan kebangsaan diberikan rehat dan hanya menjalani pemulihan pada hari ini.
Kim Swee akan memantau prestasi semasa pemain mengikut percaturan taktikalnya, sebelum menentukan barisan terkuat berdepan Indonesia.
"Selepas tiga hari, hanya satu latihan taktikal dilakukan, iaitu dalam latihan semalam.
"Selepas ini, kami akan menumpukan kepada latihan taktikal sahaja.
"Ini kerana saya mempunyai tempoh tiga hari lagi di mana saya tidak boleh melakukan latihan (intensiti) tinggi," jelasnya.
Dalam pada itu, Kim Swee berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan Matthew Davies, Adam Nor Azlin dan Safawi Rasid ketika bersama skuad B-22 negara yang berdepan Bahrain, malam tadi.
Namun, Kim Swee tetap mahu ketiga-tiga pemain itu memberikan saingan kepada pemain lain dalam perebutan tempat kesebelasan utama.
"Ini memberi mereka sedikit-sebanyak pengalaman di peringkat antarabangsa.
"Saya percaya mereka tidak mempunyai masalah jika diturunkan.
"Saya akan memantau keadaan Safawi dan Adam dalam tempoh 2-3 hari ini bagi menentukan sama ada mereka akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menentang Indonesia," tambahnya.
Topic Berkaitan
#berita Harimau Malaysia
#bola sepak
#Harimau Malaysia
#jurulatih
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan