awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Chong Wei dibenar beraksi 1 Mei depan - Khairy Jamaluddin

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
27/04/2015
09:38 MYT
Lee Chong Wei dibenar beraksi 1 Mei depan - Khairy Jamaluddin
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah digantung lapan bulan ekoran penggunan dadah terlarang.
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah digantung lapan bulan ekoran penggunan dadah terlarang.
Namun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Chong Wei boleh menyertai pertandingan mulai 1 Mei kerana tarikh pengantungan itu bermula dari 30 Ogos, tahun lepas.
Keputusan ini bermakna Chong Wei dibenarkan bertanding di dalam Piala Sudirman di Dongguan dari Mei 10 ke 17, Sukan SEA Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos.
"Chong Wei telah membuat keputusan bahawa beliau akan terus bermain dan meneruskan bersaing di peringkat yang tertinggi serta-merta selepas tempoh pengantungannya berakhir.
"Chong Wei telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau sudah bersedia untuk beraksi di Sukan SEA di Singapura," kata Khairy semasa satu sidang media di Kementeriannya, di sini, hari ini.
Khairy berkata Persekutuan Badminton Dunia (BWF)" telah menerangkan di dalam kenyataannya bahawa panelnya yakin ini bukan kes doping dengan niat untuk menipu.
"Panel itu mendapati bahawa Lee 'cuai', tetapi memutuskan bahawa tahap kecuaiannya adalah 'ringan'," katanya.
Khairy berkata pencemaran dexamathesone Chong Wei dikatakan dari selongsong gelatin makanan tambahan beliau ambil, sejak umurnya 13 tahun, dan kes seperti ini sangat jarang berlaku.
Chong Wei, 33, digantung oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, pada Ogos 2014.
Pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu digantung oleh BWF pada 11 Nov, 2014 sementara menunggu kesnya didengar di Amsterdam pada 11 April.
Berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, BWF meminda peraturan dopingnya dan mereka yang disahkan mengambil bahan terlarang boleh digantung sehingga empat tahun.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan