BEKAS juara tinju dunia Floyd Mayweather mengutarakan hasrat untuk mengadakan pertarungan semula dengan bintang seni mempertahankan diri campuran (MMA) Conor McGregor, selepas dia selesai berentap dengan Khabib Nurmagomedov nanti.

Memetik laporan TMZ, jaguh tinju Amerika Syarikat itu berkata pertembungan dia dengan McGregor masih belum selesai.

"Ia belum selesai... lepas saya lawan Khabib, saya dan McGregor pula akan berlawan sekali lagi," katanya sebagai dipetik portal TMZ.

Mayweather, 41 tahun, sebelum ini telah menyahut cabaran juara lightweight dunia UFC, Khabib untuk bertarung sekaligus menjadikan impian ramai peminat sukan tempur satu kenyataan.

Meskipun tidak jelas sama ada mereka mahukan pertandingan tinju ataupun MMA, Mayweather memaklumkan jika Khabib mahu berlawan, ia haruslah pertarungan tinju dan perlu diadakan di Las Vegas.

BACA: Mayweather tak sabar nak tinju muka Khabib

TONTON: Mayweather turunkan ego Mcgregor dengan TKO

Mayweather, pada Ogos tahun lepas, berjaya menewaskan Mcgregor dari Ireland menerusi keputusan Knockout Teknikal (TKO) pada pusingan kesepuluh.

Pertembungan di T-Mobile Arena, Las Vegas itu meletakkan Mayweather melebarkan rekod kemenangannya 50-0.