Liga Malaysia 2015 (Liga-M) merupakan penampilan terakhir wakil Singapura, Lions XII dalam kancah bola sepak tempatan setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak memperbaharui Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, keputusan berkenaan diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM setelah mengambil kira beberapa faktor seperti kos terlibat bagi pasukan tempatan untuk berkunjung ke negara Seberang Tambak itu.
"Setelah membuat pertimbangan secara mendalam, MoU kita dengan Singapura (iaitu FAS) tidak kita lanjutkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan oleh Presiden badan induk itu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, malam tadi.
Afandi berkata, tempat Lions XII dalam saingan Liga Super 2016 bakal digantikan pemenang perlawanan kalah mati di antara pasukan tangga ke-11 Liga Super 2015, Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan tangga ketiga Liga Perdana iaitu T-Team yang bakal ditetapkan dalam tempoh terdekat.
Beliau menjelaskan pasukan Kuala Lumpur yang tersingkir ke saingan Liga FAM 2016 selepas menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan Liga Perdana musim ini akan kekal beraksi musim depan bagi melengkapkan kuota 12 pasukan bertanding.
Untuk rekod, FAM dan FAS menandatangani MoU pada 2011 di Wisma FAM, Kelana Jaya yang antara lain menyaksikan pasukan Harimau Muda dihantar bertanding dalam saingan Liga Singapura manakala pasukan Lions XII menyertai Liga-M.
Sejak menyertai Liga-M secara rasmi pada 2012, Lions XII muncul juara Liga Super pada 2013 selain muncul juara Piala FA, musim ini.
Pada masa yang sama, Afandi turut memaklumkan Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju mengenai cadangan Pasukan Petugas Khas berhubung pembubaran pasukan Harimau Muda yang diwujudkan sejak 2007, selain menambah bahawa kesemua pemain pasukan berkenaan akan kembali ke negeri kelahiran masing-masing, musim depan.
Dalam pada itu, beliau berkata FAM akan mengadakan satu bengkel khas dalam tempoh terdekat yang turut melibatkan pasukan bertanding bagi membincangkan sama ada sepak mula Liga-M 2016 diadakan pada Januari atau Februari tahun depan.
Sementara itu, Afandi memaklumkan Selangor yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim ini diberikan gelaran naib juara selepas FAM bertindak memotong enam mata yang diraih oleh Pahang.
Ia susulan kegagalan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk melunaskan bayaran pampasan kepada bekas pemain import mereka dari Maghribi iaitu Mohamed Borji yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah pada 2013.
Beliau berkata, FAM telah mendapat surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini yang mengarahkan FAM supaya memotong enam mata daripada Pahang dalam liga domestik iaitu Liga Super selepas gagal melunaskan pampasan kepada pemain berkenaan yang ditamatkan kontrak lebih awal pada tahun yang sama.
Pahang sebelum ini menduduki tangga kedua Liga Super 2015 menerusi kutipan 44 mata manakala Selangor di tangga ketiga dengan pungutan 39 mata.
"Ekoran daripada itu, kedudukan Pahang untuk mewakili Malaysia dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan tidak lagi boleh berlaku dan kita akan mencalonkan pasukan Selangor kepada AFC sebagai satu daripada wakil negara ke kejohanan berkenaan," jelas Afandi.
Bernama
Wed Nov 25 2015
AFANDI: Setelah membuat pertimbangan secara mendalam, MoU kita dengan Singapura (iaitu FAS) tidak kita lanjutkan. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.
KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA
Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden JDT Julai tahun lepas.
KAFA tunggu bantuan yang dijanji kerajaan negeri
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Kongres Khas 29 Dis tentukan nasib KAFA
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas badan induk bola sepak negeri itu yang berlangsung malam ini.
Kelantan sah bersaing dalam Liga Malaysia musim depan
Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, menjelaskan pihaknya telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November.
Presiden baharu FAM ditentukan 25 Mac depan
Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden FAM bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.
'FAM teliti dakwaan TMJ'
Persatuan Bolasepak Malaysia sedang meneliti secara terperinci dakwaan Tunku Mahkota Johor berhubung penyelewengan dalam persatuan itu.
Laluan sukar menanti Selangor pada saingan Piala Malaysia
Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.
FAM setuju tindakan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan pasukan Pahang dipotong enam mata setelah badan induk dunia itu meneliti proses